13 Sep 2015

Cara Mengatasi Bayi yang Menolak Penyusuan Badan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Bayi yang menolak penyusuan susu ibu yang diperkatakan bukan berada dalam proses untuk "wean off" atau bercerai susu. Ini adalah cara bayi menunjukkan perasaan "mogok" untuk terus menyusu secara terus dengan ibu. Sebagai seorang ibu, anda seharusnya menyiasat apa punca dan bagaimana cara untuk mengatasi bayi yang menolak penyusuan susu ibu.


cara mengatasi bayi yang menolak penyusuan badan

Punca Bayi Menolak untuk "Direct Feeding" ;

Ada beberapa punca yang menyebabkan bayi anda menolak untuk menyusu secara terus dengan ibu. Puncanya adalah :

  1. Bayi anda tidak melekap dengan betul bagi membolehkan bayi anda menyusu dengan betul. Adalah sebaiknya anda meminta nasihat daripad pakar penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
  2. Bayi selsema dan hidung tersumbat yang menyebabkan bayi sukar untuk bernafas semasa menyusu.
  3. Bayi mengalami jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
  4. Sakit mulut yang disebabkan oleh pertumbuhan gigi atau terkena jangkitan pada mulut.
  5. Ini mungkin salah satu tanda mogok bayi apabila anda menjerit semasa bayi anda menggigit buah dada anda.
  6. Gangguan semasa menyusu seperti keadaan terlalu bising menyebabkan bayi berasa tidak selesa.
  7. Kerap menambah susu formula sehingga menyebabkan pengurangan bekalan susu ibu.
  8. Anda tidak mengendahkan bayi anda apabila dia ingin menyusu.
  9. Bayi berpisah dengan ibu dalam jangka masa yang terlalu lama.
Bagaimana cara untuk mengatasinya??


  1. Cuba berikan buah dada anda sewaktu bayi sedang terlalu mengantuk atau semasa bayi sedang tidur. Kebiasaannya bayi yang menolak penyusuan ibu sewaktu berjaga akan mahu menyusu sewaktu mengantuk.
  2. Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui sama ada bayi anda terkena jangkitan dalam mulut atau pun sakit telinga.
  3. Cuba menyusukan bayi anda dengan beberapa posisi penyusuan.
  4. Susukan bayi secara bergerak. Bayi suka di susukan apabila di buai atau di bawa berjalan. 
  5. Carilah bilik yang sunyi,gelap dan jauh daripada bunyi televisyen atau radio untuk menyusukan bayi anda. Kebiasaannya, bayi yang berusia 6 hingga 9 bulan lebih gemar meneroka dunia yang baru dikenali.
  6. Berikan sentuhan kulit ke kulit dengan kerap. Cuba susukan bayi anda tanpa memakai baju. Kain atau pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi anda. 
Jika anda khuatir sama ada ianya menjejaska bayi anda, cuba perhatikan kekerapan bayi anda mengotorkan lampinnya. Kebiasaannya, bayi anda akan menggunakan lampin sebanyak 6 hingga 8 keping lampin sehari dan dari situ dapat menunjukkan yanjg bayi ada mendapat bekalan susu yang mencukupi. 

Adakah saya masih boleh menyusukan?

Pastinya boleh. Adalah sangat penting untuk anda meneruskan penyusuan. InsyaAllah, dengan kesabaran dan sifat tidak putus asa bayi anda akan ingin menyusu semula.

Jika anda mempunyai masalah kekurangan susu, anda boleh cuba SET SUSU MERIAH sebagai milk booster.Boleh hubungi saya di ;



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015