15 Sep 2015

Perbezaan Antara Kontraksi Palsu dan Kontraksi Sebenar yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Setiap anak mempunyai sakit kontraksi yang berbeza-beza. Pengalaman saya pula, sakit kontraksi anak kedua lebih lama. Anak pertama pulak, sekejap je rasa sakit kontraksi, dan tak lama lepas tu terus bersalin.

Anak pertama saya lahirkan jam 2.50 pagi manakala anak kedua pulak saya lahirkan jam 5.30 petang. Alhamdulillah kerana kedua-dua anak saya dilahirkan secara normal. 

Pasti ibu-ibu muda yang baru pertama kali mengandung kurang arif tentang apa itu kontraksi kan? Mungkin juga ibu tidak tahu macam mana cara untuk mengetahui sama ada kontraksi yang di alami itu kontraksi palsu (braxton hicks) atau kontraksi sebenar?

Jom sama-sama kita tengok apa perbezaan di antara kontraksi palsu dengan kontraksi sebenar.

perbezaan kontraksi palsu dengan kontraksi sebenar bagiibu hamil

Tanda Sakit Kontraksi Sebenar

  • Mula rasa sakit dari pinggang dan punggung sehingga membawa ke hadapan.
  • Rasa sakit dengan lebih kerap dan dalam jangka masa yang semakin hampir.
  • Mempunyai pola sakit yang teratur
  • Kekuatan sakit kontraksi akan bertambah setiap jam.
  • Semakin lama ia semakin sakit.
  • Sakit kontraksi di sebabkan bukaan serviks semakin besar.

Tanda Sakit Kontraksi Palsu @ Braxton Hicks.

  • Kekerapan sakit tidak menentu.
  • Sakit yang tidak teratur dan tidak tetap.
  • Tiada kesan bukaan serviks.
  • Rasa sakit pada bahagian depan sahaja.
  • Sakit kontraksi akan hilang jika anda berehat.
  • Anda akan berasa lemah dan letih kerana sakit kontraksi yang kuat diikuti dengan kontraksi yang lemah. 
Fakta Penting Mengenai Sakit Kontraksi Semasa Bersalin.

Setiap ibu akan mengalami sakit kontraksi yang berbeza-beza. Jika sakit kontraksi sudah mula terasa, rilekss. Ibu-ibu perlu mencatat setiap selang masa kontraksinya. Jika sakit kontraksi yang di alami semakin kerap, ibu-ibu di nasihatkan untuk terus pergi ke hospital. 

Nota kaki : Sewaktu ibu-ibu sedang sakit kontraksi, digalakkan supaya banyak berjalan supaya melancarkan proses bersalin. Jangan baring sahaja di katil. 


Tips Mudah Mengetahui Kontraksi Sebenar.

  1. Kosongkan pundi kecing dahulu kemudian minum 2 gelas air.
  2. Baring dalam keadaaan mengiring atau dengan meninggikan kaki. Seelok-eloknya mengiring sebelah kiri.
  3. Sentuh bahagian atas rahim. Apabila anda rasa bahagian rahim mengeras, sentuh beberapa tempat lain lagi. Ketika kontraksi berlaku, anda akan rasakan seluruh kawasan rahim mengeras.
  4. Kira kekerapan dan jangka masa kontraksi berlangsung selama sejam.

Jika anda hamil kurang daripada 37 minggu dan mengalami sakit kontraksi yang sebenar, sebaiknya segeralah ke hospital. Jika anda benar-benar sedang sakit kontraksi sebenar, tahniah kerana anda bakal menjadi seorang ibu. Jika masih mencari-cari SET BERPANTANG, anda boleh hubungi saya di ;



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015