22 Sep 2015

Perbezaan Antara Ubat dengan Vitamin.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Ubat? Vitamin? Bukan ke benda yang sama tu? 

Masih ramai sebenarnya yang keliru untuk membezakan ubat dengan vitamin. Tidak kurang pula yang menolak mentah-mentah keperluan vitamin kerana berasa mereka sudah cukup vitamin kerana telah mengambil beberapa ubat yang di sarankan oleh doktor. 

Malang sekali, vitamin dan ubat merupakan dua benda yang berbeza. Nak tau apa perbezaan antara ubat dengan vitamin? Jom kita tengok di bawah.


perbezaan antara ubat dengan vitamin

Perbezaan antara Ubat dengan Vitamin.

Ubat (Medicine)

1. Ubat merupakan ejen bahan kimia yang boleh merubah fungsi tubuh dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh.

2. Ubat merupakan sesuatu bahan yang ganjil pada tubuh kita. Ia tidak menjadi sebahagian daripada kita dan tidak juga menyumbang apa jua jenis khasiat untuk tubuh kita.

3. Ubat bertindak baik apabila di ambil secara berasingan. Jika di ambil pada masa yang sama, ia boleh mengganggu fungsi antara satu sama lain.

4. Ubat boleh menyebabkan kesan sampingan. Kebanyakkan juga kekal dalam badan. Selain itu, aspirin kekal dan menyebabkan gangguan kepada perut, loya, gangguan penglihatan, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kematian.

5. Berlebihan dos pengambilan ubat boleh mengundang maut. 

6. Ubat mempunyai tindak balas yang sangat pantas. Pengambilan ubat akan memberi kesan dalam masa yang singkat kepada si pengambilnya. 

7. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, bukan merawat punca penyakit itu terjadi. Selain itu, ubat bukan berfungsi untuk memulihkan tetapi untuk menghentikan kesakitan itu secara sementara.

8. Orang yang berusia selalunya memerlukan ubat dalam dos yang rendah jika nak di bandingkan dengan orang yang masih muda.


Vitamin (Supplement)

1. Vitamin mengandungi bahan yang berkhasiat. Kebiasaannya vitamin menggunakan bahan semulajadi dan ianya sangat penting untuk tubuh badan kita. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan kelemahan fungsi organ dan kematian.

2. Vitamin membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh menjadi lebih lancar.

3. Bahan semulajadi tidak memberi kesan sampingan. Penggunaan yang berlebihan hanya mengakibatkan gangguan sementara sahaja. 

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik antara satu sama lain walaupun di ambil bersama. Kesan lebih baik jika di ambil bersama.

5. Bahan semulajadi adalah selamat untuk digunakan. Tiada lagi kenyataan yang mengatakan keburukan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian.

6. Bahan semulajadi bertindak baik apabila ia di ambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan dalam menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman. 

7. Bahan berkhasiat berfungsi merawat PUNCA penyakit sekiranya ia di ambil untuk menampung kekurangan sesuatu penyakit. 

8. Orang yang berusia memerlukan lebih banyak makanan yang berkhasiat kerana pertambahan usia yang menyebabkan mereka kekurangan vitamin.

Sebagai kesimpulannya, ubat di ambil ketika kita sakit. Tetapi, vitamin di ambil untuk mengelakkan penyakit. 

Lebih baik menggunakan vitamin kerana ianya tidak mengandungi dadah dan bahan kimia yang boleh merosakkan organ-organ dalam tubuh badan kita. 

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015