25 Sep 2015

Resepi Ayam Lemon Chinese Style

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Sejak dua menjak ni, tak tahu la kenapa saya duk menggila makan ayam lemon di Restoran Uncle Sam Shah Alam. Maybe sebab saya ni pencinta ayam kot. hehehe. 

Nak di jadikan cerita, harini pergi Uncle Sam sebab mengidam betul tekak ni nak makan ayam lemon. Tapi malangnya, Uncle Sam tutup. Sedihnye! 

Lepas daripada tu, sebab tak dapat nak makan ayam lemon punya pasal, saya pun google la resepi ayam lemon chinese style sebab nak tengok apa bahan yang diperlukan untuk masak ayam lemon tu. 

Jom saya kongsikan resepi ayam lemon chinese style yang saya dapat tu khas untuk anda. Sedap gila baq hang. Dah siap masak dah. Tapi macam biasa la. Tak sempat nak buat apa, dah ada yang duk menunggu untuk menerkam lauk tu. 

Resepi ayam lemon chinese style

Bahan-bahan :

3 dada ayam yang dibersihkan dan dikeringkan

Bahan perap :

3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
Sedikit pepper (saya tak letak pun)
1 biji telur

Bahan salut :

5 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos :

1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya

Cara Penyediaan :
  1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
  2. Salut dengan bahan salut dan goreng hingga garing dan kekuningan.
  3. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
  4. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
  5. Curah atas ayam dan hidangkan.
Tadaaa, dah siap ayam lemon chinese style. Selamat mencuba!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015