7 Sep 2015

Resepi Ayam Masala Simple

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa mommies masak harini? Mesti lauk yang sedap dan menyelerakan betol tak? Yela, nak bagi anak dan suami makan, mesti la masak sedap-sedapkan. Harini saya mood rajin sikit nak masak. 

So, harini saya akan share Resepi Ayam Masala Simple untuk mommies semua. Seperti biasa, saya akan share bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya sekali. Jadi, sila ambil kertas atau buku nota untuk salin resepi simple ni ye.



resepi ayam masala simple

Bahan-bahan:

4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar, kupas kulit dan potong dadu
2 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 keping dada ayam,hiris ketulan kecil
2 sudu makan puri tomato
150 ml susu cair
100 ml yogurt perisa asli
Segenggam daun ketumbar, cincang kasar
2 biji cili hijau, buang biji dan cincang
Air, jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

Rempah (Disatukan)

2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh lada hitam kisar


Penyediaan :
  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang besar, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga lembut.
  2. Masukkan rempah yang disatukan dengan ayam. Goreng pada api sederhana sehingga naik bau.
  3. Masukkan puri tomato, susu cair dan sedikit air. Masak sehingga kuah pekat.
  4. Perisakan dengan garam dan gula. Masukkan yogurt, daun ketumbar, cili hijau. Masak sehingga kuah pekat. Hiaskan mengikut citarasa dan hidangkan bersama nasi panas.

Simpe je kan? Boleh la masak untuk makan malam ni. Selamat mencuba!

Sharing is awesome ;
Team Riznina.com
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015