6 Sep 2015

Resepi Bebola Daging Lazat Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Harini saya nak share Resepi Bebola Daging Lazat gila yang boleh menyebabkan uolls semua menjilat jari. Fuhhh!! Berpeluh saya telan air liur sebab terbayang-bayang bebola daging ni. Resepi ni memang sesuai untuk kaum-kaum ibu buat mase weekend macam harini. Confirm anak-anak pakat tunggu kat tepi dapur sebab tak sabar nak makan. 

Okay, seperti biasa, saya akan share bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bebola daging ni serta cara penyediaannya. Cepat-cepat, amek pen dan kertas untuk list semua barang yang diperlukan ye mummy-mummy cantik.


resepi bebola daging lazat sehingga menjilat jari


Bahan-bahan :

500 gram daging lembu cincang
50 gram serbuk roti
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus
2 biji telur
3/4 sudu teh serbuk lada hitam 
150 gram tepung serbaguna
3 sudu makan minyak zaitun
1 labu bawang besar, dikupas dan dicincang halus
1 biji capsicum hijau, dihiris nipis
2 biji tomato, dipotong dadu
1/2 cawan cuka anggur
3/4 cawan stok ayam
1 tangkai daun pasli, dicincang halus
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa


Cara Penyediaan :

  1. Satukan daging lembu, serbuk roti, bawang putih, telur, serbuk buah pala, garam dan lada hitam di dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Bentuk adunan menjadi bebola dan salutkan dengan tepung serbaguna.
  3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bebola daging tadi sehingga berwarna perang keemasan. Ketepikan.
  4. Tinggalkan satu sudu minyak zaitun di dalam kuali dan tumis bawang besar serta capsicum hijau sehingga hampir lembut. Masukkan tomato, cuka anggur, stok ayam, lada putih dan garam. Tutup dan didihkan selama 45 minit sehingga campuran pekat.
  5. Tuangkan sos ke atas bebola daging. Hiaskan dengan pasli cincang. 
  6. Siap untuk di hidangkan.

Semoga resepi yang saya kongsikan pada hari ini dapat memberi idea pada mummy-mummy semua apa yang sedap untuk di masak untuk santapan anak dan suami. Selamat mencuba.

Spread the love,
Team Riznina.com.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015