10 Sep 2015

Resepi Cek Mek Molek

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa mommies masak untuk minum petang ni? Saya cuma minum ESP je petang ni sebab dah tak tahu nak masak apa harini. hehehe. Tapi, tekak teringin nak makan kuih cek mek molek. Sedapnya kalau dapat kuih Cek Mek Molek petang-petang macam ni. Nak buat, tapi bahan yang diperlukan dah habis pulak. 

Jadi, harini saya nak share Resepi Cek Mek Molek Keledek yang memang sedap sangat. Seperti biasa, saya akan senaraikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk menyediakan kuih Cek Mek Molek ni. 


Resepi cek mek molek


Bahan-bahan:

300 gram ubi keledek, rebus hingga masak dan kupas kulit.
50 gram tepung gandum, di ayak.
Secubit garam
50 gram gula
Minyak masak untuk menggoreng
Gula aising untuk hiasan


Cara Penyediaan:
  1. Rebuskan ubi keledek sehingga masak empuk, buang airnya dan bairkan ia sejuk sebentar. Kupas kulitnya dan lenyekkan sehingga hancur, buangkan semua urat-urat keledek yang ada.
  2. Ayak tepung bersama garam atas keledek lenyek tadi. Gaulkan sebati menjadi doh, tambahkan sedikit air jika nampak adunan kering. Uli sehingga lembut.
  3. Cubitkan, agak-agak dalam 5cm (2inci) adunan keledek tadi dan tekan ditengahnya. Masukkan 1/2 sudu teh gula, tutpkan semula dengan menggentelkannya menjadi bentuk bola rugby.
  4. Gorengkan kuih tersebut sedikit demi sedikit dahulu sehingga kuning keemasan. Angkat dengan menggunakan senduk berlubang dan tuskan di atas kertas dapur.
  5. Taburkan gula aising pada keseluruhan kuih tadi. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Sharing is Awesome ;
Team Riznina.com

2 comments:

  1. Tak pernah buat kuih cek mek molek ni..tapi macam senang pulak nak buatnya..nanti nak cubalah..:-)

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015