14 Sep 2015

Tips Hadapi Anak yang Suka Bertanya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Jika anda mempunyai anak yang suka bertanya, syukur alhamdulillah. Ini kerana anda mempunyai anak yang pintar, aktif dan cerdas. Pelbagai jenis soalan akan di ajukan bermula dia bangun tidur sampai la mereka tidur kembali. Kadang-kadang naik pening kepala mommies kan? 

"Kenapa adik botak?"
"Itu kereta siapa?"
dan 101 soalan lagi..

Sebelum mommies semua pening kepala dan jadi marah sebab tak berhenti-henti soalan di ajukan, mari kita ketahui mengapa anak-anak suka bertanya soalan.

1. Mahukan perhatian daripada anda.

Sebenarnya, anak banyak bertanya kerana dia inginkan perhatian anda. Selalunya, kalau kita sedang sibuk untuk membuat kerja di hadapan laptop, masa tu la mereka akan bertanya bermacam-macam soalan. Kadang-kadang, masa kita tengah bercakap dalam telefon, masa tu juga la dia nak tanya. Anak-anak kita memang bijak. Tapi, kita pulak yang jadi panas, lagi-lagi kalau ditanya soalan yang sama berulang-ulang kali.

2. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Dalam proses bagi anak untuk membesar, mereka memerhatikan keadaan kelilingnya. Semua perkara yang terjadi merupakan sesuatu yang menarik bagi mereka. Boleh dikatakan, setiap hari mereka akan menemukan sesuatu yang  baru. Jadi, itu merupakan potensi untuk mereka bertanya mengenai perkara yang bagi mereka kelihatan menarik.

3. Rasa tidak puas hati.

Sedar tak bahawa anak-anak akan meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila di suruh melakukan sesuatu yang tidak di sukai mereka seperti mengemas permainan yang sedang mereka main. Pasti dengan pantas mereka akan bertanya, "Kenapa kena kemas mainan? ". Jadi, cara untuk mengelakkan anak anda bertanya mengapa, adalah lebih baik anda menerangkan terlebih dahulu mengapa mereka perlu mengemaskan mainan tersebut. 


Tips Hadapi Anak yang Suka Bertanya

Tips Macam Mana Nak Jawab Soalan Anak.

1. Jawab selagi mampu.

Kebiasaannya, anak yang berumur 6 tahun ke atas, mereka tidak akan bertanya soalan yang sama banyak kali. Tapi, anak yang bawah umur 6 tahun kebiasaannya akan bertanya soalan yang sama berkali-kali. Rileks. Jawab je selagi mampu. Mereka cuma mahukan  perhatian dari anda je. 

2. Ajak anak untuk sama-sama cari jawapan.

Kalau boleh, jangan lah jawab soalan anak anda terlalu ringkas. Cuba ajak mereka untuk sama-sama cari jawapan tentang soalan yang mereka tanya tadi. Secara tak langsung, kita sedang mengasah skill berfikir mereka untuk menyelesaikan masalah. Jadi, anak-anak akan jadi lebih faham.

3. Boleh mengetahui minat anak.

Anda akan dapat mengetahui minat anak anda menerusi soalan-soalan yang di tanya. Jadi senanglah untuk anda membeli bahan bacaan anak anda berdasarkan minat anak yang kita tahu.

4. Fokus pada pertanyaan anak.

Kalau boleh, anda perlu memberi perhatian pada anak anda sewaktu mereka sedang bertanya. Ye lah, seperti yang kita tahu anak cuma nak perhatian kita je. Sebab tu dia tanya macam-macam soalan.

5. Nikmati saat-saat indah ini.

Apabila anak sudah semakin dewasa, pasti kita akan rindukan saat-saat ini. Seiring ilmu yang mereka punya, pasti sudah tidak banyak soalan yang ingin ditanya. Jadi, enjoy the moment sementara ianya ada. 

Tapi ingat, anak-anak bukan sengaja untuk bertanya terlalu banyak soalan pada anda. Mereka cuma mahukan penjelasan dan juga perhatian anda. Bersyukurlah kerana sel-sel otak anak anda sedang berhubung dengan baik sekali. 

Jika anak anda mempunyai masalah kurang bertenaga dan cepat penat, boleh la cuba Vitalea for Children. Anda boleh dapatkan nya dengan menghubungi saya di ;


Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."


2 comments:

  1. Mummy dah lalui pun semua ni.. Kadang2 bila larat layan je apa yg dia cakap.. Kalo tak larat bagi buku ker, lego ker... Hehehee sekurang-kurangnya.. Sel2 otak dia berhubung ke tempat lain. hehehee

    ReplyDelete
  2. hihi... comel kan bila macam2 tanya...
    rafiuddin pun macam tu... kadang-kadang bila kita bercakap dengan ayahnya dia pun sibuk juga nak tanya macam2..

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015