13 Oct 2015

10 Panduan Menguruskan Anak Kembar yang IbuBapa Wajib Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com

Perkhabaran bahawa mommies dan daddies bakal menimang cahaya mata kembar pasti mengujakan. Lagi-lagi pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata pertama. Pasti mommies dan daddies akan mula berfikir bagaimanakah caranya untuk menguruskan anak lebih dari satu dalam satu masa. Pasti rumit kan?

Jika kehadiran si kembar merupakan cahaya mata kedua mahupun yang seterusnya, pasti anda tidak akan begitu cemas kerana sudah mempunyai pengalaman untuk menguruskan anak sebelum ini. Tapi, bagaimana pula pada yang baru pertama kali mempunyai anak?

Jangan terlalu risau mahupu khuatir sehingga menjejaskan kesihatan mommies yang sedang mengandung ye. Setiap perancangan Allah pasti untuk kebaikan hambaNya. Justeru itu, setiap masalah pasti telah Allah selitkan jalan penyelesainnya.

Jadi, saya akan berikan 10 panduan menguruskan anak kembar yang ibu bapa wajib tahu. Tak kira la yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata ataupun si kembar itu merupakan cahaya mata yang kedua dan seterusnya.

10 panduan menguruskan anak kembar yang ibubapa wajib tahu

Panduan menguruskan anak kembar :

1) Membuat tabungan.

Sebaik sahaja anda di sahkan hamil kembar, anda perlu mula untuk membuat tabungan supaya dapat menampung kos bersalin dan membeli kelengkapan bayi secukupnya untuk si kembar yang bakal lahir nanti.

2) Mencari maklumat yang secukupnya untuk penjagaan anak kembar.

Banyak info yang anda boleh dapati mengenai cara untuk menguruskan anak kembar seperti di majalah, buku kehamilan, internet, e-book, dan juga bertanya kepada sesiapaa yang mempunyai pengalaman mempunyai cahaya mata kembar.

3) Persiapan barang bayi secara 'double'.

Persiapan sama ada ingin menyambut kelahirang seorang bayi ataupun dua bayi adalah sama. Cuma yang membezakan, ada sesetengah barang yang anda perlu beli secara berganda. Jadi, anda di nasihatkan supaya mula membeli barang sedikit demi sedikit supaya anda tidak rasa terbeban.

4) Prihatin mengenai jualan gudang barangan bayi.

Sepanjang tempoh kehamilan, anda perlu lebih prihatin mengenai jualan gudang. Kenapa? Ini kerana anda boleh membeli barangan bayi anda pada harga yang jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan membeli barangan tersebut di shopping mall. Kemungkinan barang yang di jual tu pun, barang yang 'branded'.

5) Upah penjaga anak.

Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah penjaga kanak-kanak untuk membantu anda menguruskan si kembar. Sekiranya anda tidak mampu, anda boleh sahaja meminta bantuan ahli keluarga terdekat untuk membantu anda untuk menguruskan si kembar anda.

6) Disiplin anak

Setelah si kembar lahir, anda sebagai ibu bapa yang menentukan disiplin mereka. Kebiasaannya, bayi kembar akan mempunyai tabiat yang sama sama ada waktu tidur, waktu menyusu, demam dan menangis. Ini merupakan kelebihan di mana anda tidak perlu melalukan sesuatu pekerjaan secara berulang.

7) Melekatkan tag nama atau menanda pakaian.

Apabila mempunyai anak kembar, pasti sukar untuk anda menentukan baju kegemaran si kembar kan? Jadi, untuk memudahkan tugas, apa kata anda menempah tanda nama untuk dilekatkan pada pakaian mereka atau buat apa sahaja tanda yang anda mudah untuk mengecamnya.

8) Gelang tangan  berlainan warna.

Untuk mengelakkan daripada anda tersalah memanggil si kembar, seeloknya anda menyediakan satu gelang yang berlainan warna supaya anda lebih mengecam mereka.

9) Persiapan mental dan fizikal.

Anda perlu menyiapkan diri anda untuk menghadapi tangisan bayi atau suasana bising yang berganda. Kerjasama di antara suami isteri sangat di perlukan pada ketika ini.

10) Penjimatan tenaga.

Menguruskan anak kembar dan bekerja merupakan sesuatu yang memenatkan. Jadi, anda harus bijak ketika menentukan kerja rumah yang harus di buat supaya anda tidak terlalu penat dan akan mengakibatkan anda stress.

Di harap panduan yang saya kongsikan memberi manfaat kepada mommies dan daddies yang bakal menyambut cahaya mata kembar.

Your parenting partner,

Diyana Isa.

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015