11 Oct 2015

Normal ke Ibu Menyusu Tidak Datang Haid?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Normal ke ibu menyusu tidak datang haid


Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan tahinah kerana anda sudah bergelar seorang ibu. Pasti anda juga sudah memulakan perjalanan penyusuan untuk si manja anda kan. 

Tentu ada juga dikalangan ibu yang baru pertama kali melahirkan akan mula cemas apabila mereka masih tidak datang haid (tidak period) walaupun telah beberapa bulan melahirkan. Malahan, ada juga yang sampai stress sebab bimbang jika mereka tidak period kerana telah hamil.

Saya ada mengikuti beberapa group ibu menyusu yang rata-rata bertanya sama ada normal atau tidak jika ibu menyusu anak tidak datang haid? Jadi, harini saya akan menulis entry khas untuk para ibu yang bertanya sama ada normal atau tidak jika ibu menyusu tidak period.

Apa punca yang menyebabkan ibu menyusu tidak datang haid?

Sebenarnya setiap ibu akan melalui frasa yang berbeza setelah melahirkan. Tidak ada satu jangka masa yang khusus mengenai bila kitaran haid ibu akan kembali normal. Ada juga yang akan mula datang haid setelah beberapa bulan, ataupun setelah setahun melahirkan. Malahan, ada juga ibu yang hanya akan datang haid selepas si manja mereka mula mengambil makanan pejal.

Ibu juga akan mengalami kitaran haid yang tidak stabil sepanjang menyusukan anak. Sebagai contoh, ibu akan datang haid dalam jangka masa yang singkat atau lebih lama daripada biasa. Ada juga yang datang haid sekali dan tidak datang haid berbulan-bulan selepas itu dan tidak mengandung. Semua itu normal untuk ibu menyusu.

Jadi, untuk mengetahui bila waktu haid pertama selepas melahirkan bayi bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya adalah ;
1.     Kekerapan bayi menyusu "direct-feeding" dengan ibu.
2.     Bergantung sama ada bayi menghisap puting kosong atau tidak.
3.     Sama ada bayi anda sudah makan makanan pejal atau belum.
4.     Berapa lama bayi anda tidur lena di waktu malam.
5.     Tindak balas hormon dalaman badan ibu - di antara hormon estrogen dengan hormon prolaktin di mana keduanya berlawan. Apabila salah satu pada paras yang tinggi, satu lagi akan berada di paras yang rendah. 
Pendek kata, apabila ransangan terhadap payudara berkurangan terutama di waktu malam, kemungkinan besar haid akan datang dalam masa yang terdekat!

Apa pun, jangan risau! Jika anda sudah mula datang haid, anda tidak perlu berhenti menyusukan anak kerana susu anda tidak akan berubah. Nutrisi yang terkandung dalam susu ibu tetap sama walaupun ibu sedang datang haid. 

Saya doakan ibu-ibu tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjalanan penyusuan sehingga umur anak mencecah 2 tahun ya!

Rakan penyusuan anda ;

Diyana Isa
Team Riznina(dot)com.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015