4 Dec 2015

5 Diet Penting Semasa Hamil yang Ibu Wajib Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembca Riznina.com.

Seronoknya bila hamil kerana boleh minta apa sahaja makanan yang terlintas di minda. Kalau yang boleh suami ataupun keluarga terdekat penuhi, alhamdulillah. Tapi, jangan la ambil kesempatan pulak di atas tiket "mengandung" untuk terlalu demand. 

Ramai juga yang cakap, bila kita hamil, segala apa yang kita makan sepanjang tempoh kehamilan tu, anak yang dalam perut pun makan sama. Kiranya kalau kita makan pizza, anak kita pun makan pizza la. Kalau kita makan makanan yang tak sihat, anak kita pun akan makanan yang tak sihat juga. 

Kesian kan? Tak pasal-pasal anak kena makan makanan yang tak sihat dek kerana mommies dia mengidam sangat.

Jadi, apa kata mommies semua ubah menu harian mommies kepada menu yang lebih sihat dan seimbang. Katakan TAK NAK pada junk food dan fast food sepanjang tempoh kehamilan. Rileks je, 9 bulan tu bukan lama sangat.



5 diet penting semasa hamil yang ibu wajib tahu

Apa diet sihat dan penting untuk ibu hamil tahu?


1. Asparagus.

5 Diet Penting Semasa Hamil yang Ibu Wajib Tahu

  • Asparagus kaya dengan folate yang boleh menghalang kecacatan kepada janin termasuklah menghalang daripada terjadinya spina bifida.

2. Telur.

5 Diet Penting Semasa Hamil yang Ibu Wajib Tahu

  • Semasa hamil, kandungan choline iaitu vitamin yang meningkatkan perkembangan otak dan ingatan akan berkurangan. Dengan mengamalkan pengambilan telur, ia membantu meningkatkan kembali kandungan choline dalam tubuh kita kerana telur kuning mengandungi kandungan choline yang tinggi. Tapi, jangan makan telur sampai berlebihan pula. Memadai untuk mengambil sebiji telur sehari.

3. Salmon


  • Salmon mengandungi kandungan DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak dan nervous sistem janin. Kajian menunjukkan bahawa apabila ibu hamil mengambil minyak ikan sepanjang tempoh kehamilan, ia boleh meningkatkan daya ingatan bayi kita nanti. Walaupun salmon mengandungi kandungan merkuri yang rendah, jangan makan ikut nafsu pulak. Memadai untuk ambil 12 ounce salmon seminggu.

4. Yogurt

5 Diet Penting Semasa Hamil yang Ibu Wajib Tahu

  • Ianya kaya dengan zinc, yang membantu pembentukan DNA bayi. Zinc juga merupakan mineral asas dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu. Yogurt juga kaya dengan kandungan kalsium yang membantu dalam perkembangan tulang bayi. Ia juga baik untuk sistem penghadaman dan bertindak sebagai immune booster pada kita.

5. Buah Oren

5 Diet Penting Semasa Hamil yang Ibu Wajib Tahu

  • Oren adalah salah satu buah yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi untuk meningkatkan sistem imunisasi kita. Semasa hamil, kita terdedah kepada risiko terkena pneumonia ataupun bronchitis, jadi dengan pengambilan Vitamin C secara konsisten, kita dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh kita.


Makanan yang seimbang dan berkhasiat baik untuk ibu dan anak dalam kandungan. Jika kita telah lakukan yang terbaik, insyaAllah Allah akan berikan yang terbaik juga buat kita. Jangan lupa untuk mengamalkan Set Kehamilan yang dijamin halal, semulajadi, berkesan dan sentiasa selamat. Set kehamilan ni juga membantu mommies supaya takde la rasa letih yang melampau atau badan jadi lunyai. 

Selamat menempuhi frasa kehamilan dengan gembira! Semoga bermanfaat.


Sharing is Loving <3



Nama : Diyana Isa


Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Telegram/SMS : 019-2212976


" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015