9 Dec 2015

5 Tips Jadi Ibu yang Tegas Tapi Penyayang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


5 tips jadi ibu yang tegas tapi penyayang



Sudah menjadi lumrah apabila insan yang bergelar ibu akan berleter pada anak-anaknya. Sifat tegas, garang dan kuat beleter merupakan sifat yang sinonim dengan kaum ibu. Beleter macam mana pun, anak tetap mahukan ibu mereka juga. Gambaran tersebut sinonim dengan kaum ibu pada zaman dahulu.

Masih ada ke kaum ibu yang garang pada era serba canggih ni? Pendedahan ilmu keibubapaan yang menggunakan pendekatan psikologi membuatkan anak-anak zaman sekarang sudah tidak takut lagi malahan berani melawan cakap ibu bapa mereka. Jika zaman dahulu, cukuplah si ibu menjegilkan mata untuk memberi isyarat kepada anak jangan melakukan sesuatu perkara dan ia membuatkan anak akan terdiam membisu. Anak-anak zaman sekarang, dia pula yang bertanya kenapa ibu besarkan mata macam tu. 

Jadi, sebagai orang yang paling rapat dengan anak, ibu harus menjadi seorang yang tegas tapi dalam masa yang sama penyayang terhadap anak-anak. Pengaruh ibu lebih kuat dalam mendidik generasi yang berdisiplin, bertanggungjawab, menghormati orang yang lebih tua dari mereka, dan anak yang patuh pada perintah ibu bapa dan Tuhan. 

Jadi, sudah sampai masanya ibu-ibu sekalian mempraktikkan tips-tips berikut dalam mendidik anak-anak dalam era modenisasi ini.

5 tips jadi ibu yang tegas tapi penyayang

1. Disiplinkan anak agar menghormati ibu

Didik anak-anak anda dari kecil untuk menghormati ibu mereka. Ajar mereka untuk segera menjawab panggilan anda dengan sopan seperti "Ya Ibu" dan meninggalkan sebarang pekerjaan yang sedang mereka lakukan pada ketika itu. Jika dari kecil anak anda sudah terbiasa melakukan perkara itu, insyaAllah ia akan berkekalan sehingga mereka dewasa kelak. Sesuai la dengan pepatah yang mengatakan , "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

2. Jangan turuti semua kemahuan anak

Kebanyakan ibu memang mudah 'cair' apabila anak meminta sesuatu. Oleh kerana tidak mahu mendengar anak itu merengek atau mengganggu ibu melakukan tugas lain, jadi secara tidak sengaja ibu sudah menuruti kehendak anak-anak. Jangan biarkan ini berterusan! Ibu harus lebih tegas dan mengikut pendirian ibu walaupun anak menjerit, menangis dan berguling sekali pun.

3. Usaha Sendiri

Kadang kala sebagai ibu, kita harus membiarkan anak itu berusaha sendiri jika mereka mahukan sesuatu. Namun, cara ini harus dipraktikkan seiring dengan usia anak anda. Jika anak anda sudah bersekolah dan mereka menginginkan sesuatu, ajar mereka untuk menabung duit belanja sekolah yang mereka perolehi setiap hari supaya mereka dapat membeli barang yang diingini. Secara tidak langsung, anda boleh memupuk minat menabung anak anda.

4. Sentiasa jadi ibu yang "suka menyibuk".

Oleh kerana kebanyakan anak-anak lebih rapat dengan ibu jika nak dibandingkan dengan bapa, ini lah peluang keemasan untuk menjadi "ibu yang penyibuk". Ia penting supaya kita dapat memantau aktiviti harian anak-anak dan perbuatan anak kita lagi-lagi pada era tanpa sepadan ini yang adakalanya tidak sesuai untuk anak anda.

5. Patuh dengan peraturan.

Jika anda sudah menetapkan sesuatu peraturan di rumah, maka ianya wajib dipatuhi oleh si anak. Ibu juga harus tegas dalam melaksanakan peraturan tersebut supaya peraturan tersebut tidak di perlekehkan oleh sesiapa jika ibu tidak melaksanakannya.

Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Tidak salah untuk menyayangi mereka, namun mereka juga perlu dididik dengan baik supaya menjadi insan yang berguna.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015