9 Dec 2015

7 Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


7 cara mengatasi masalah rambut gugur teruk selepas bersalin


Keguguran rambut selepas bersalin merupakan perkara normal. Namun ia sangat menggusarkan kebanyakan wanita. Bagi wanita yang tidak hamil, rambut yang gugur dalam tempo sehari dalam lingkungan 50-100 helai sehari. Bagi wanita hamil pula, dek kerana pertambahan hormon estrogen akan menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak dan menjadi tebal berbanding sebelum kehamilan.

Namun, hormon estrogen akan kembali pada paras normal. Penurunan ini mengambil masa selama 2 hingga 3 bulan dan ada juga yang mencecah sehingga 9 bulan lamanya bergantung pada individu itu sendiri. Jadi, kerana penurunan hormon estrogen ini, ibu akan mengalami keguguran rambut yang teruk.

Saya sendiri mengalami perkara yang sama selepas melahirkan anak kedua. Ia berpanjangan sehingga baby Dini menginjak usia 6 bulan. 

Selepas hormon estrogen berada di paras normal, proses keguguran rambut akan kembali seperti sediakala. Pertumbuhan dan keadaan rambut juga akan kembali seperti sediakala seperti sebelum hamil. Tapi, ibu-ibu jangan terlalu risau atau stress kerana ia akan menjejaskan proses pengeluaran susu ibu.

Jom kita tengok macam mana ibu ni mengatasi masalah rambut gugur yang menggusarkan hatinya.





7 Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur Lepas Bersalin

1. Gunakan sikat yang bersesuaian.

Gunakan sikat yang lembut dan bergigi jarang. Sikat rambut dengan lembut dan elakkan menarik rambut yang tersekat dengan kasar.

2. Potong rambut.

Kalau dah terlalu banyak rambut yang gugur, cuba potong rambut pendek. Ia boleh mengurangkan peratusan rambut yang gugur dan memudahkan anda untuk menguruskan rambut anda.

3. Jangan sikat rambut ketika rambut basah.

Elakkan daripada menyikat rambut ketika rambut masih basah. Ia boleh menyebabkan rambut mudah tercabut.

4. Jangan "modify" rambut.

Elakkan rambut anda daripada di warnakan, dikerintingkan, dan membuat hair treatment sehingga keadaan rambut anda kembali normal.

5. Pengambilan Multivitamin.

Amalkan pengambilan multivitamin yang mencukupi supaya ia membekalkan nutrien yang cukup untuk rambut anda.

6. Minum air secukupnya.

Amalkan minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari. Ini kerana ia membantu melembapkan kulit kepala dan mengelakkan berkelemumur.

7. Pengambilan makanan dan vitamin.

Pastikan pengambilan makanan atau vitamin kaya dengan zink, tinggi protein dan zat besi kerana ia membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.

Sekiranya masalah keguguran rambut ibu semakin teruk, seeloknya pergi berjumpa doktor dengan segera. Diharap sedikit sebanyak cara yang disenaraikan ini memberi manfaat pada ibu-ibu yang menghadapi masalah keguguran rambut selepas bersalin. 


<3 Sharing Is Caring <3

Diyana Isa
019-2212976
Pengedar Sah Shaklee Pulau Indah, Port Klang
Visit Page di Facebook : riznina.com


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015