2 Dec 2015

8 Aktiviti yang Meransang Otak Anak Supaya Lebih Pintar

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

8 Aktiviti yang Meransang Otak Anak Supaya Lebih Pintar

Otak merupakan salah satu organ penting dalam tubuh badan manusia. Otak mempunyai pelbagai fungsi penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa otak, manusia seperti sebuah komputer yang tidak mempunyai cip. Otak terdiri dari dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi yang berbeza di antara satu sama lain.

Otak kanan berfungsi untuk merakam setiap momen dalam kehidupan manusia secara pantas dan ianya akan berkekalan dalam tempoh waktu yang lama. Sel-sel darah dalam tubuh badan kita juga berfungsi untuk memberi idea di mana memori-memori itu patut di simpan apabila memori otak kita telah penuh. 

Manakala, otak kiri pula berfungsi lebih kepada angka, bahasa, analisa, logik akal dan ilmu pengetahuan. Semua perkara yang menjadi tugas otak kiri juga sedikit sebanyak akan di ambil alih oleh otak kanan juga.

Sebagai ibu bapa, kita pasti inginkan anak yang pintar seiring dengan usianya bukan? Memori otak bayi dan kanak-kanak lebih "fresh" jika nak di bandingkan dengan memori orang dewasa. 

Ada fakta yang mengatakan dengan merangsang otak kanan anak, anak kita akan menjadi lebih pintar dan bijak. Ibu bapa amat di galakkan untuk meransang otak kanan anak-anak seawal usia anak enam bulan. Ini kerana otak kanan lebih efektif jika nak dibandingkan dengan otak kiri cuma memerlukan latihan yang berpanjangan.

Oleh itu, dedahkan anak dengan sesuatu ilmu yang menyeronokkan supaya ibu bapa dapat memantau kecenderungan bidang yang anak anda minati. Jadi, terdapat 8 aktiviti yang meransang otak anak supaya lebih pintar yang akan saya kongsikan pada entry kali ini. Semoga ia bermanfaat buat ibu bapa dalam meransang otak anak-anak anda.


8 aktiviti yang meransang otak anak supaya lebih pintar

8 Aktiviti Rangsang Otak Kanan Anak

1. Origami.

Anak akan bejar pelbagai jenis lipatan kertas ketika mereka membuat pelbagai bentuk ketika membuat origami.

2. Menggunting.

Anak akan belajar untuk menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau gambar.

3. Bermain tanah liat.

Kreativiti yang diperlukan untuk membuat bentuk menggunakan tanah liat mampu meransang otak kanan anak supaya berfikir. 

4. Bercerita.

Daya imaginasi anak anda akan terserlah apabila anda meminta anak anda menyambung cerita yang anda ceritakan pada mereka tadi. 

5. Melukis.

Kreativiti anak anda akan terserlah dengan melakukan aktiviti melukis kerana mereka akan menggunakan imaginasi mereka untuk melukis. 

6. Kad imbasan.

Mulakan dengan memperkenalkan abjad dan nombor. Apabila kad di gerakkan dengan laju, secara automatiknya otak kanan perlu bekerja lebih keras untuk mengingati apa yang ditunjukkan tadi.

7. Teka-teki.

Cuba lakukan aktiviti teka-teki dengan anak anda. Caranya, letak sesuatu di dalam bekas atau kotak yang bertutup, kemudian suruh anak anda meneka barangan apa yang ada di dalam kotak, bagaimana bentuknya dan warna barangan tersebut. 

8. Masukkan manik.

Cuba lakukan aktiviti memasukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman.




Whatsapp/Telegram saya di 019-2212976.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015