4 Dec 2015

8 Tahap Sebenar Tumbesaran Perut ketika Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Bila sebut yang kita mengandung je, mesti orang akan terus tengok perut dan mula bertanya soal kehamilan kita. Mula la soalan seperti, "Macam kecik je perut, yeke ni mengandung?" , "Tak macam 8 bulan pun sebab perut kecik sangat. Okay ke baby kat dalam tu?" keluar daripada mulut orang.

Ini lah antara soalan-soalan popular yang mommies semua kena hadapi. Saiz perut sewaktu hamil boleh mempengaruhi emosi si ibu dek kerana soalan-soalan yang di ajukan. Mula la mommies berfikir macam-macam sampai stress. Kalau perut terlalu besar pun orang akan bercakap, kalau perut terlalu kecil pun orang akan bercakap. Jadi, jom kita kenali tahap sebenar tumbesaran perut ketika hamil yang wajib untuk semua tahu.


8 Tahap Sebenar Tumbesaran Perut ketika Hamil

Tahap 1

  • Anda di sahkan hamil! Yeay, seronoknya! Maka perjalanan hidup anda sebagai ibu hamil akan bermula. Anda pasti akan berasa sangat teruja untuk dapatkan pelbagai tips kehamilan, macam mana nak pastikan perut anda bebas daripada stretch mark dan banyak lagi. Kebiasaanya pada tahap ni, anda akan lebih kerap mengusap perut anda kerana terlalu gembira.


Tahap 2
  • Pada tahap ini, anda sudah pun mengandung tiga bulan. Segala gejala morning sickness berkurangan tapi perut masih tidak kelihatan seperti mengandung. Anda masih berasa kurang selesa dengan pertanyaan orang sekeliling yang masih bertanya sama ada anda mengandung atau tidak.

Tahap 3

  • "Keciknya perut. Betul ke mengandung ni?". Masih ada segelintir orang yang masih ragu-ragu untuk ucapkan tahniah di atas kehamilan anda. Takut-takut memang anda tidak mengandung.

Tahap 4

  • Akhirnya waktu yang di nanti telah tiba. Kandungan anda sudah mencecah 6 bulan. Masa ni dah tak perlu la nak jawab soalan mengandung atau tidak kerana memang dah sah-sah perut anda makin membesar. 

Tahap 5

  • Pada tahap ini pula, orang akan mula bertanya sama ada anda mengandung kembar atau tidak kerana perut anda semakin membesar atau lebih besar daripada yang sepatutnya.

Tahap 6

  • Pada masa ini, ibu akan mula tersenyum melihat perut yang semakin membesar. Pada ketika ini juga, pergerakan bayi anda pun mula aktif. Nikmati perjanan kehamilan dengan gembira kerana pada ketika ini kandungan anda sudah mencecah 8 bulan. Pasti ibu akan merindui saat-saat kehamilan apabila sudah melahirkan kelak.

Tahap 7

  • Alhamdulillah kerana kandungan anda sudah cukup bulan. Kiranya tunggu hari untuk melahirkan dan ada juga ibu yang sudah melahirkan. "Tapi kenapa walaupun sudah melahirkan, tapi saya tetap seperti wanita mengandung?" Ini yang akan anda alami selepas melahirkan.

Tahap 8 ( Setahun selepas melahirkan )

  • Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan seperti sebelum mengandung. Ada ibu yang berjaya untuk kembali pada bentuk badan asal dan ada juga ibu yang tidak berjaya. Semuanya bergantung kepada usaha masing-masing untuk mengembalikan tubuh badan seperti sedia kala.

Sepanjang tempoh kehamilan, pastikan ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil set kehamilan yang dijamin selamat demi kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan. Semoga anda menikmati perjalanan kehamilan dengan ceria dan yang penting sekali jangan stress ye.

Semoga bermanfaat 

Sharing is Awesome <3




Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015