1 Dec 2015

Adakah Masalah Rahim Jatuh atau "Tombong" Mimpi Ngeri Wanita??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

masalah rahim jatuh atau tombong di kalangan wanita

Buat wanita yang sudah berkahwin, masalah "tombong" atau rahim jatuh bukan lagi perkara asing. Sensitif bukan perkara ini bagi kebanyakan orang, betul tak? Macam-macam petua yang ada untuk mengubati masalah ini. Ada yang kata kacip fatimah dan air rebusan manjakani elok di minum jika mahu mengetatkan kembali "Miss V" kita.

Masalah "tombong" ni memang isu yang sensitif. Pernah terbaca status di laman sosial, seorang isteri di madukan apabila suaminya mula mencari lain apabila si isteri mempunyai masalah tombong pada tahap yang teruk. Ramai yang menyangka bahawa masalah itu tak akan menjadi punca keretakan sesebuah institusi rumahtangga atas alasan, "alaa, suami saya takkan cari lain la kalau saya ada "tombong" satu hari nanti". Apa la daya kita sebagai hamba jika Allah telah menetapkan yang perkahwinan anda akan berakhir atau akan bergolak apabila anda mempunyai tombong.

Masalah "kelonggaran" biasanya akan dihadapi oleh isteri yang telah melahirkan. Ada juga yang berpendapat bahawa masalah kelonggaran itu bukan satu masalah besar selagi ia tidak menyebabkan "tombong" berlaku. Apabila peranakan jatuh, ia merupakan mimpi ngeri dalam hidup wanita.

Masalah Rahim Jatuh.

Masalah rahim jatuh atau tombong di kalangan wanita

Masalah rahim jatuh atau "tombong" ini sangat merisaukan hati para wanita yang teleh berkahwin dan melahirkan. Sebab tu ketika tempoh berpantang, ibu-ibu akan disengkak kerana dipercayai membolehkan rahim naik semula selepas proses bersalin.

Kalau nak ikut teori perubatan, rahim akan naik sendiri apabila rahim mengecut secara semulajadi ketika bayi menyusu. Ini kerana penyusuan secara terus kepada bayi, membantu rahim untuk mengecut dengan lebih cepat. Sebab tu la kita disarankan untuk menyusukan bayi sepanjang tempoh berpantang mahupun selepas berpantang. Rahim kita akan jadi cantik terletak di tempat asal.

Namun, ada juga para ibu yang mengalami rahim jatuh selepas melahirkan kerana otot-otot rahim menjadi lemah. Masalah ini di panggil "tombong" kalau ikut bahasa pasarnya dan dikenali dengan nama "prolapse" dalam istilah perubatan.

Bahaya ke kalau rahim jatuh?? Sebahagian daripada rahim anda akan terkeluar dari vagina. Ia merupakan sesuatu yang teruk!! Nightmare rasanya kalau perkara tu jadi pada saya.

Apa punca terjadinya tombong dan bagaimana cara untuk mencegah daripada ianya terjadi?


Masalah rahim jatuh atau tombong

Punca Rahim Jatuh atau Tombong

  • Lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, jadi rahim tidak mendapat secukupnya daripada kawasan sekelilingnya. Oleh itu, rahim akan melorot ke bawah dan tersembul keluar dari bukaan faraj / vagina.
  • Kerosakan pada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan ketika proses melahirkan.
  • Kehilangan hormon estrogen akibat menopause.
  • Kerap "meneran" sejak bertahun-tahun.
  • Melakukan aktiviti seperti mengangkat barang berat yang menyebabkan tekanan pada bahagian abdomen.
  • Obesiti

Cara Merawat Pencegahan Rahim Jatuh

1. Semasa tempoh kehamilan
  • Kerap melakukan senaman lantai pelvis.
  • Lakukan senaman kemutan pada otot lantai pelvis (kemutan untuk tahan kencing)
  • Lakukan senaman kemutan 3 kali sehari dan 10 kali pada setiap sesi kemutan.
  • Lakukan senaman kagel pada bila-bila masa.
Masalah rahim jatuh atau tombong di kalangan wanita

2. Selepas bersalin
  • Elakkan daripada sembelit.
  • Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan.

3. Selepas menopaus
  • Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama, angkat barang yang berat, dan hindarkan diri dari batuk yang kronik.
  • Hormon Terapi Gantian (KRT) membantu untuk mengurangkan risiko rahim jatuh.
  • Lakukan senaman lantai pelvis setiap hari.
Apabila isteri pandai menjaga diri, pasti suami akan bertambah sayang apabila hubungan intim akan menjadi lebih intim apabila kesihatan otot pelvis wanita anda dijaga dengan baik. Untuk jaga kesihatan dalaman bukan hanya dalam satu hari sahaja. 

Wanita perlu lebih peka dengan kesihatan diri sendiri dan kesihatan dalaman wanita anda kerana ia merupakan satu kepuasan diri dan juga dapat menjaga keperluan suami.






Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015