3 Dec 2015

Apa itu Bartholin Cyst?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

apa itu bartholin cyst

Harini saya nak bercerita mengenai bartholin cyst. Hah? Bartholin cyst tu apa benda? Ketumbuhan kat belah mana pulak tu? Pada mulanya saya sendiri tak tau apa benda bartholin cyst tu sehinggalah saya meminta bantuan "En. Google".

Batholin Cyst atau Bartholin Gland Cyst merupakan pembengkakan yang berlaku pada kelenjar pada bukaan faraj. Kelenjar bartholin ni berfungsi untuk menghasilkan cecair "pelincir" semasa melakukan hubungan intim atau untuk membersihkan kawasan bibir faraj. 

Apa itu Bartholin Cyst?


Bartholin Cyst ni kebiasaannya berlaku kepada wanita yang berada dalam lingkungan usia 20-an. Takut kan? Muda tak menjamin yang kita ni akan sihat je okay? Tetap kena jaga kesihatan dan pemakanan. 

Kebiasaannya bartholin cyst takkan menyebabkan orang yang menghidapinya berasa sakit dan ia juga tidak memerlukan sebarang rawatan khusus. Namun, jika berlakunya jangkitan pada kawasan yang mengalami pembengkakan tersebut, pada ketika itu si pengidap akan mengalami kesakitan yang teramat sangat kerana kelenjar yang bengkak tu berkemungkinan sudah pun bernanah. 

Apa punca terjadinya nanah pada bartholin cyst tu?

Punca terjadinya nanah pada kelenjar bartholin yang membengkak tadi adalah disebabkan terdapatnya jangkitan, kecederaan, keradangan atau pembengkakan pada bartholin cyst tersebut. Menurut kajian, bakteria yang menyebabkan jangkitan berlaku adalah Gonococci dan Chlamydia

Apa itu Bartholin Cyst?

Gonococci


Apa itu Bartholin Cyst?

Chlamydia


Tanda-tanda jangkitan

Bagi wanita yang mengidapi penyakit Bartholin cyst ini, mereka akan merasai kesakitan pada bahagian vulva yang membengkak, kemerahan, sakit dan bernanah. Kebiasaannya, pesakit bartholin cyst akan duduk menggunakan sebelah punggung sahaja kerana ia merasa sakit dan tidak selesa. 

Selain itu, pengidap bartholin cyst juga akan demam secara mengejut dengan suhu yang agak tinggi kerana pembengkakan kelenjar bartholin yang sudah dijangkiti dan bernanah selain daripada pembengkakan vulva tadi.

Cyst yang tumbuh melebihi dari 1 inci akan menyebabkan pesakit berasa tidak selesa terutamanya ketika ingin duduk, berjalan dan yang paling parah lagi, ketika ingin melakukan hubungan intim. Ngerikan? Apabila hubungan intim terganggu, secara tidak lansung anda menyebabkan hubungan suami isteri juga sedikit terganggu. Kenapa? Kerana isteri tidak mampu memenuhi keperluan suami ketika hubungan intim ingin dilakukan kerana terlalu sakit.

Rawatan

Sebenarnya, bartholin cyst ni tidak ada rawatan yang khusus. Namun, anda di nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap cyst yang di alami. Jika didapati bartholin cyst anda sudah dijangkiti, maka pembedahan kecil harus dilakukan untuk membuang cyst yang telah dijangkiti itu.


Bagaimana Shaklee membantu?

Jika cyst yang di alami telah di jangkiti, anda boleh cuba antibiotik semulajadi seperti Alfalfa dan Nutriferon yang bertindak sebagai anti-kulat. Namun, kebanyakan masalah cyst selain daripada Bartholin cyst ni, saya memang suggest ambil GLA Complex.

Kenapa GLA Complex?

GLA Complex Shaklee membantu membaiki masalah hormon dan juga berupaya mengecutkan cyst. GLA terdiri daripada asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk menghasilkan prostagladin iaitu hormon yang membantu mengawal proses badan yang normal. Ia juga mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi dalam memelihara sel tubuh manusia. 



Hubungi saya di 019-2212976





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi,saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian :




Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : riznina1014@gmail.com
Call/ SMS/ Whatsapp : 019-2212976



" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

1 comment:

  1. hi kak. sya nak tny.sy ni kerap sgt kne boleh di katakan setiap bulan trkena jgkitan ni.sngat sakit smpai xleh nak bejalan. sy xtau cara nak hilangkan. da jmpa pakar. pun sama jugak. harap akk boleh mmbantu :) -erra-

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015