28 Oct 2016

6 Petua Hilangkan Jerawat Pasir di Wajah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina(dot)com.

Semua orang pasti pernah mengalami tumbuhnya jerawat kan. Diyana pun sama. Daripada jerawat yang paling besar sampai la jerawat halus. Semuanya duk bergembira naik kat muka ni ha. Sebenarnya jerawat ni muncul disebabkan liang pori kita tersumbat dengan kotoran dan sel kulit mati. 

Maka, jika keadaan ini dibiarkan, kemungkinan besar kondisi jerawat yang tumbuh tu akan semakin teruk dan membahayakan.

Menurut kajian Diyana dengan Encik Google, jerawat ni biasanya akan menyerang seseorang yang masih berumur 28 tahun ke bawah. Hal ini terjadi kerana, hormon testosteron meningkat dengan begitu drastik. Jadi, wajar la kalau kamu kerap di huni oleh Cik Jerawat ni ye.

Selain itu, terdapat juga beberapa penyebab lain, iaitu:
  1. Keturunan (genetik)
  2. Merokok atau sering terkena asap rokok
  3. Kesan ubat-ubatan tertentu
  4. Memakai alat kosmetik atau pencuci muka yang tidak bersesuaian dengan kulit
  5. Jarang membersihkan kulit wajah.

So, hari ni Diyana akan kongsikan beberapa petua untuk hilangkan jerawat pasir di wajah dalam entry kali ini. 







8 Petua Hilangkan Jerawat Pasir di Wajah

Jerawat boleh dikelaskan kepada beberapa jenis jerawat seperti jerawat batu, jerawat pasir dan jerawat komedo. Sebenarnya jerawat pasir dan jerawat komedo ni lebih kurang sama je. Cuma, jerawat pasir ni saiznya lebih kecil jika nak dibandingkan dengan jerawat komedo. 

Biasanya jerawat pasir ni akan tumbuh di kawasan pipi, punggung malahan di bahagian dada. Tapi, jangan cemas ye. Diyana ada petua untuk hilangkan jerawat pasir tu. 


1.  Gunakan Tea Trea Oil.

Tahu tak, tea tree oil ni dapat membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh jerawat dan ianya juga berfungsi sebagai ejen penghapus bakteria yang menyebabkan jerawat ni. 

Cara hilangkan jerawat pasir menggunakan Tea Tree Oil:
  • Sediakan Tea Tree Oil yang berkualiti secukupnya.
  • Pastikan wajah bersih
  • Sapu Tea Tree Oil ke seluruh wajah atau tempat yang bermasalah
  • Biarkan selama 30 minit
  • Bilas wajah atau tempat yang bermasalah dengan air suam.

2. Gunakan Tomato.

Tomato mengandungi Vitamin E yang baik untuk baik untuk merawat masalah kulit. Bukan sahaja membantu merawat masalah jerawat sahaja, tomato juga membantu dalam mencerahkan kulit anda kerana kandungan vitamin E nya yang baik. 

Cara hilangkan jerawat pasir dengan tomato:
  • Ambil satu tomato segar dan belah kepada dua bahagian
  • Sapukan kedua-dua bahagian tomato ke bahagian yang bermasalah 
  • Biarkan selama 30 minit sehingga ia meresap ke kulit
  • Bilas menggunakan air suam sehingga bersih

3. Putih telur

Putih telur banyak digunakan di dalam produk kosmetik sekarang. Ianya mengandungi kandungan protein yang tinggi yang boleh membantu dalam menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah. Minyak berlebihan ni la merupakan antara salah satu faktor munculnya jerawat pasir ni. 

Cara hilangkan jerawat pasir dengan putih telur:
  • Ambil satu butir telur ayam kampung, kemudian ambil putih telurnya sahaja.
  • Pukul sebentar putih telur tadi kemudian sapu ke bahagian yang bermasalah.
  • Biarkan selama 15-20 minit supaya ia boleh meresap ke kulit.
  • Setelah itu, bilas dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

4. Timun

Bagi sesiapa yang tak berapa gemar dengan bau hamis putih telur, boleh gunakan timun sahaja. Khasiatnya sama sahaja. Selain dapat menghilangkan jerawat pasir, timun juga boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih segar.

Cara hilangkan jerawat pasir dengan timun:
  • Hiris timun setebal 1-2CM
  • Letakkan timun tadi di bahagian yang mempunyai jerawat pasir tadi
  • Biarkan selama 30 minit
  • Lakukan setiap kali selepas mandi

5. Pokok Lidah Buaya dan Garam

Korang mesti dah familiar kan dengan srub? Scrub ni merupakan rawatan kulit yang dilakukan dengan menggunakan butiran kecil macam pasir. 

Jadi, butiran kecil ni la yang bermanfaat untuk menyingkirkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Kebiasaannya orang pakai scrub ni kat rumah je sebab senang sangat nak buat. Macam mana nak buat? Jom kita tengok!

1. Gaul campuran gel lidah buaya dengan garam sehingga ia membentuk butiran seakan pasir.
2. Sapu perlahan-lahan ke bahagian yang mempunyai jerawat pasir tadi. Tapi ingat ye, gosok perlahan-lahan sahaja! Jika korang gosok kasar sangat, boleh menyebabkan parut jerawat.
3. Biarkan sehingga kering.
4. Bilas bersih dengan menggunakan air suam.


6. Lemon dan Kopi

Selain menggunakan gel lidah buaya dan pasir, kopi dan lemon juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat pasir tu. Khasiatnya sama seperti menggunakan butiran kecil yang seakan pasir, lemon juga berperanan untuk menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan pori tersumbat.

Maka, kombinasi lemon dan kopi menyebabkan keberkesanannya berada di tahap maksima.

Cara hilangkan jerawat pasir dengan lemon dan kopi:
  • Campurkan air perahan lemon dan serbuk kopi secukupnya.
  • Sapu rata ke bahagian yang bermasalah dan sapu secara perlahan sahaja!
  • Biarkan campuran tadi selama 30 minit atau sehingga kering.
  • Bilas dengan air suam sehingga bersih.

Selain daripada tu, boleh jugak konsisten makan Vitamin C Shaklee. Tak ada la jerawat tu mengada-ngada nak singgah nanti. Nak tau lebih lanjut pasal vitamin C ni? Klik sini.


Semoga perkongsian Diyana pada kali ini memberikan sedikit sebanyak info yang kalian cari dan nak tahu ye.



Shaklee Independent Distributor,
Diyana Isa
SID: 962568







9 Sep 2016

Cara Menguruskan Bayi yang Mengalami Eczema

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Haaaa. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapalah muko anak Diyana pulak yang Diyana jadikan featured image untuk entry kali ni kan?

Kehkehkeh. Sebenarnya, Rizqi salah seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit eczema sejak berusia 3 bulan lagi. Alhamdulillah keadaan Rizqi sekarang tidaklah seteruk dulu. 

Macam mana tau yang Rizqi alami eczema?

Pada mulanya memang tak tau sehinggalah kepala Rizqi kerap ada kerak-kerak yang tebal dan kulit-kulitnya yang halus tu mula naik 'rashes' dan melarat sehingga luka. Mula la hati mak dia ni tak senang, mujur la masa tu abi Rizqi ada panel dan memang direct refer pada pakar kanak-kanak di Hospital Az-Zahrah Bangi. Selepas daripada itu, kami pun bermula la journey menjaga anak yang memerlukan 'extra care' ni.





CARA MENGURUSKAN BAYI YANG MENGALAMI ECZEMA.

Mula daripada tu, kos untuk membesarkan Rizqi meningkat disebabkan Rizqi memerlukan sabun khas, susu formula yang khas dan sebagainya. Masa ni Mak Rizqi memang belum kenal Shaklee lagi. Selain itu, Rizqi juga enggan menyusu badan sejak dia lahir lagi. Macam-macam cara buat untuk tetap breastfeed, namun segala usaha gagal dan sia-sia (plus masa tu mak Rizqi memang tak ada experience brastfeed anak lagi). 

Kalau salah pakaikan sabun ke, terbagi susu yang tak sepatutnya dan ada tangan-tangan gatal yang menyuap makanan yang tak sepatutnya Rizqi makan, CONFIRM naik segala rashes atau merah-merah yang menyebabkan Rizqi rasa tak selesa dan asyik menggaru je la keje nya. Akibatnya, merah-merah tu jadi luka dek kerana keganasan Rizqi menggaru tadi la.

Jadi, di sini Diyana kongsikan beberapa CARA MENGURUSKAN BAYI YANG MENGALAMI ECZEMA bersama pembaca Riznina.com ye ;

1) Susu Khas ( Rizqi tak breastfeed )

Mula-mula kami suami isteri dapat tau yang Rizqi ni alami eczema, teruslah tanya saudara mara, susu apa yang okay dan affordable untuk kami guna dan berikan pada Rizqi. Mesti pelik kan? Kenapa tak ikut je susu yang doctor suggest?

Tak berapa nak mampu masa tu. Ye lah, masa tu kami suami isteri umur 20 tahun dan masing-masing baru nak kerja. Mana ada duit nak belikan susu yang terlalu mahal. Beli ikut kemampuan jela kan? Akhirnya kami guna susu jenama Snow Step 1. Ni je susu paling murah dan sesuai dengan Rizqi. Harga? Sebulan dalam RM300-RM400 jugak la untuk susu sahaja.

Kalau korang ada anak yang eczema, jangan main hentam kromo je bagi susu (khas untuk anak yang tak breastfeeding ye) dan mak-mak yang breastfeed anak eczema pun kena jaga pemakanan sebab apa yang kita makan tu akan effect pada anak juga.

2) Sabun Mandian Khas

Masa ni yang membuatkan kami ni jimat sikit sebab sabun mandi Rizqi, kami boleh ambil je di Hospital Az-Zahrah sahaja. Senang. Sekali pergi, mintak je la sabun mandi tu banyak sikit. Masa tu kami dibekalkan dengan sabun mandi Sebamed. Krim pun ada sekali rasanya. Lupa dah. Al-maklumla, dah 3 tahun berlalu kan.

So, kalau korang ada panel atau memang nak kan yang terbaik untuk anak korang, ikut je apa yang doctor suggest ye. Jangan pulak korang guna sabun yang entah apa-apa sebab sabun mandian khas untuk anak eczema ni tak wangi macam sabun mandian bayi yang lain.

3) Elakkan mandikan anak dengan air panas atau air suam

Disebabkan masa Rizqi alami eczema tu, umur dia masih baby-baby, makanya, tanpa ilmu, maknya pun mandikan lah Rizqi dengan air suam. Teruslah naik segala jenis bintik merah dan seangkatan dengannya. Masa tu jadi hairan la juga, awat la naik pulak rashes ni sedangkan maknya dah guna sabun khas dan tak ada la pulak terbagi susu formula yang tak sepatutnya. 

Maka, setelah di google, dapatlah jawapannya. Rupanya anak eczema ni tak boleh bersentuhan dengan benda panas (depends on condition eczema baby). So, mulai hari tu memang idok lerr mak nya mandikan Rizqi dengan air suam. 

4) Duduk di tempat yang sejuk dan elakkan berpeluh

Fuhh. Ni paling mencabar. Bila nak tidur je, confirm dia mengamuk sebab kat bilik kami tak ada aircond. Makanya, masuk la bilik nenek untuk tidurkan Rizqi. Tak sampai 5 minit pun, dah lelap. Dalam hati masa tu, takkan lah hari-hari nak kena menepek dalam bilik nenek? Jadi, esoknya, ke Aeon la mak pak Rizqi sebab nak beli aircond. Lepas dah ada aircond dalam bilik sendiri, senang sikit la Rizqi nak tidur. Bukan apa, anak eczema ni, bila berpeluh, tubuh badan dia jadi gatal-gatal. Tu yang menangis dan susah nak tidur tu.

KEADAAN RIZQI SEKARANG

Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran mak pak Rizqi, sekarang eczema nya dah beransur pulih. Cuma kadang-kadang jela eczema tu datang balik bila ada makanan yang dia tak boleh makan tapi dia nya makan juga (belum dapat detect which type of food yang Rizqi allergic). 


Ni la rupa anak bujang Diyana sekarang. Dah makin sihat dan aktif. Kalau naik rashes tu sekarang, kami dah tak risau dah. Sapu je Herbal Blend Cream, insyaAllah okay dan tak ada lah rashes tu jadi luka dek kerana Rizqi menggaru dengan jayanya.

Nak tau lebih lanjut tentang Herbal Blend Cream? Tekan sini.

Itu sahaja cara menguruskan bayi yang mengalami eczema khas buat pembaca Riznina(dot)com untuk kalini. Semua info yang Diyana bagi ni merupakan pengalaman sendiri ye. Tak ada sebarang tokok tambah cerita.


With Love;
Diyana Isa

8 Sep 2016

Disclaimer

" A dietary supplement, also known as food supplement or nutritional supplement, is a preparation intended to supplement the diet and provide nutrients, such as vitamins, minerals, fiber fatty acids, or amino acids, that may be missing or may not be consumed in sufficient quantities in a person's diet."


  1. Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja dan ia tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perubatan peribadi.
  2. Riznina(dot)com tidak memberi apa-apa jaminan pada ketepatan, keberkesanan, kefungsian, kegunaan atau jaminan lain pada kandungan yang terdapat dalam ruang ini.
  3. Riznina(dot)com menafikan semua tanggungjawab bagi mana-mana kerugian, kerosakan pada harta benda atau kecederaan peribadi yang dialami secara langsung atau tidak langsung daripada pergantungan ke atas maklumat tersebut.
  4. Segala produk yang di ulas di dalam blog ini adalah mengikut pengetahuan, pembacaan, pengalaman dan testimonial dari pengguna-pengguna Shaklee yang lain.  Jika pembaca membelinya, ia adalah sepenuhnya di atas keputusan pembeli. Namun, setiap kesan kepada pengguna adalah berbeza antara satu pengguna dengan pengguna yang lain mengikut kesihatan dan keadaan setiap pengguna.
  5. Pengguna disyorkan untuk merujuk kepada doktor anda dahulu untuk mengetahui adakah ianya sesuai dengan sejarah dan keputusan terkini keadaan kesihatan anda.
  6. Keutamaan haruslah diberikan kepada keputusan doktor yang merawat anda berbanding cadangan penulis di dalam blog ini kerana doktor anda lebih mengetahui tahap kesihatan anda berbanding penulis blog ini. 
  7. Tidak di jamin bahawa artikel di dalam blog ini akan memberikan hasil sepertimana yang dinyatakan kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesannya. Sebarang artikel di dalam blog ini boleh disiarkan dengan pengetahuan dan kebenaran dari penulis blog ini. 
  8. Disclaimer ini akan diupdate dari masa ke semasa.

Tarikh update : 8 September 2016

7 Sep 2016

Punca dan Rawatan Batu Hempedu yang Mudah untuk Dilakukan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Seperti yang saya janjikan di entry terdahulu (boleh klik di sini ), entry kali ini akan saya ceritakan mengenai punca batu hempedu dan macam mana rawatan yang sepatutnya di ambil.






PUNCA BATU HEMPEDU






  • Kolesterol di dalam terlalu banyak merupakan punca terjadinya batu dalam hempedu
  • Kurang minum air (25Kg berat badan = 1 liter air yang perlu diminum sehari)
  • Gemar makan makanan yang berlemak
  • Gemar makan makanan yang masin-masin
  • Suka makan nasi lemak ( ikan bilis, sambal dan santan bahaya ye)
  • Suka makan 'seafood' yang kaya dengan kolesterol jahat

RAWATAN BATU HEMPEDU

Petua rawat "Batu Hempedu" tanpa pembedahan.

CARA 1 : EKSPRESS 1 HARI

  1. Puasa dari jam 12 malam sebelum anda memulakan cari ini pada keesokan harinya. Kiranya anda kena 'dinner' sebelum pukul 12 malam ye.
  2. Sarapan esok pagi : minum jus 3 biji epal hijau yang boleh didapati buahnya di mana-mana pasaraya di Malaysia. 
  3. Makan tengahari : minum jus 3 biji epal hijau.
  4. Makan malam : minum jus 3 biji epal hijau.
  5. Banyakkan minum air kosong sepanjang proses ini dilakukan.
  6. Sebelum tidur (jam 10 malam) : Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml). Minum sampai habis.
  7. Terus tidur. Kalau boleh, tidur dalam posisi tubuh mengiring ke kanan dan kaki rapat ke badan (tidur dalam keadaan mengerengkot) . Ia membantu proses mengeluarkan batu hempedu daripada dalam tubuh.
InsyaAllah batu karang akan keluar semasa anda membuang air besar keesokannya.

CARA 2 : PROSES 6 HARI

  1. Minum air jus epal hijau selama 5 hari pertama selepas sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
  2. Pada hari ke 6, lepas sahur, mula berpuasa.
  3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.
- Jam 6 petang : Minum bancuhan air garam epsom (1 cawan air : 1 sudu teh garam epsom)
- Jam 8 malam : Ulang minum air garam epsom. (Garam epsom boleh didapati samada di Guardian atau mana-mana farmasi)
- Jam 10 malam : Sebelum tidur, campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml). Minum sehingga habis.

Keesokannya, perut akan rasa memulas atau rasa ingin membuang air besar.

Seeloknya, anda rancang bila nak mula proses ni supaya tak ada la rasa letih. Lebih mudah bila mulakan cara 2 ni pada hari ahad. 

Tujuan Pengguaan

  • Lemon digunakan untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu supaya tidak mencederakan organ dalaman badan yang sewaktu proses pengeluaran batu hempedu daripada dalam tubuh.
  • Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang menggelongsor keluar dari hempedu.
  • Minyak zaitun pula bertujuan untuk hempedu akan bekerja keras selepas berpuasa kerana mendapat signal lemak yang tinggi dikesan memasuki tubuh. Jadi, batu hempedu secara tidak langsung akan di pam keluar dari hempedu sewaktu hempedu sedang bekerja secara luar biasa.
  • Garam epsom pula membantu untuk membuka saluran hempedu.
Cara ini boleh diamalkan setiap 6 bulan.

Selamat Mencuba. InsyaAllah.
Boleh klik di sini untuk melawati Facebook untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips dan pengalaman bekas pesakit.

BAGAIMANA MENGATASI PENYAKIT BATU HEMPEDU?


So, anda dah tau kan apa yang menjadi punca terjadinya batu hempedu ni kan? Seboleh-bolehnya anda cuba kawal tubuh dan pemakanan anda daripada kena penyakit batu hempedu ni.

Selain daripada itu, anda juga boleh amalkan supplement berikut bagi tujuan di atas :
Anda mempunyai 6 pilihan ;

1. Garlic Complex 60 biji
2. Lecithin 180 biji 
3. Omega Guard 90 biji
4.CoQHealth 30 biji 
5.Phytocol 120 biji
6. Vivix 150ml 





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."  






26 Jul 2016

Happy Birthday to Me

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk bernafas dan masih berada di bumi Allah untuk kesekian tahun. YA, harini genap umur saya 24 tahun. Masih jauh perjalanan hidup dan masih banyak benda yang perlu dipelajari. 

Banyak dugaan dan cabaran yang saya lalui sepanjang saya hidup. Semua orang pun akan merasakan benda yang sama sebab kita semua hamba Tuhan yang Maha Esa. Namun, dalam banyak-banyak tahun, tahun ni saya tak rasa seronok dan teruja seperti tahun-tahun lalu. Saya rasa bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berjihad.

Buat Mak,
Terima kasih kerana melahirkan saya 24 tahun yang lalu.
Tanp Mak, siapalah saya di dunia ni dan mungkin saya juga tiada di sini seperti sekarang.
Maafkanlah saya yang selalu melukakan hati mak. Saya tau, saya bukan anak yang baik tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik.
Mak, sekarang saya hanya ada mak, saya sentiasa menangis seusai solat supaya Allah panjangkan usia mak, berikan mak kesihatan yang baik dan senantiasa dipermudahkan segala urusan.

Buat Ayah,
Saya tahu ayah tak mungkin membaca semua ini.
Saya nak ucapkan terima kasih di atas semua kasih sayang, pengorbanan, penat lelah, jerih payah ayah besarkan saya di dunia ini.
Maafkanlah saya ayah kerana saya seringkali melukakan hati ayah. 
Saya kecewakan ayah acapkali namun ayah masih sayangkan saya.
Terima kasih ayah.
Saya masih ingat kata-kata ayah,
"Ayah sanggup tak beli ape-ape untuk diri sendiri sebab nak tengok anak-anak ayah berjaya dan belajar".
Saya kecewakan ayah. Maafkan saya.
Saya berharap saya masih ada peluang untuk lihat ayah senyum, ketawa, seperti malam sebelum ayah tinggalkan saya untuk selamanya.
Saya rindukan ayah. Rindu yang teramat sangat.
Saya doakan Allah ampunkan ayah, terangi dan lapangkan kubur ayah, terima semua amalan kebaikan ayah sepanjang ayah di dunia, kasihi ayah sepertimana ayah mengasihi kami sejak kami kecil,
Saya rindu pelukan ayah, belaian ayah.
Ayah selalu ada sewaktu saya perlukan ayah.Terima kasih ayah.

Akhir kata, terima kasih mak dan ayah.

22 Jul 2016

5 Simptom Batu Hempedu yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah R.A dari Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

"Tidaklah seseorang muslim ditimpa sesuatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya(dosa) keranaNya", (HR Al-Bukhari dan Muslim).


5 simptom batu hempedu yang anda perlu tahu

Tak semua di antara kita yang mengetahui mengenai penyakit batu hempedu ni. Jadi, pada entri kali ini, saya akan kongsikan 5 Simptom Batu Hempedu yang anda perlu tahu.


SIMPTOM BATU DALAM HEMPEDU.

Macam mana nak tau sama ada ada batu dalam hempedu atau tak? Kebiasannya memang tak ada simptom yang khusu, tapi jika kena seperti simptom yang bakal saya tulis ni, better jumpa doctor atau boleh je buat medical checkup di mana-mana klinik.

1. Rasa sakit yang berpanjangan.

Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan sakit yang berpanjangan di bahagian kanan atas abdomen selama beberapa minit. Rasa sakit yang dirasai itu dikenali 'gallstone colic'. Gejala ini juga kebiasaannya disertai dengan loya dan muntah.

2. Demam

Keradangan pada pundi hempedu atau jangkitan hempedu dipanggil " cholecytitis akut" boleh menyebabkan demam.

3. Sakit perut, loya dan muntah.

4. Batu hempedu yang menghalang pengaliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan lebihan hempedu. Ianya boleh menyebabkan jaundis yang akan memberikan kesan kekuningan pada mata, kulit dan membran mukus.

Terdapat juga beberapa kes yang teruk dimana pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit yang mengakibatkan kegatalan.

5.Batu hempedu dibahagian duktus hempedu sesame akan menghalang enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang lebih dikenali dengan nama "Ampulla of Vater". 

Apabila aliran enzim pankreas tersekat, ia boleh menyebabkan sakit teruk di bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

Setiap penyakit yang wujud pasti ada sebab atau punca mengapa ianya boleh terjadi kan? Dan setiap penyakit pasti ada penawarnya kan? 

Nak tau apa punca dan cara untuk merawat penyakit batu karang hempedu ni? Nantikan entry saya yang seterusnya ya...

Much Love;
Diyana Isa


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."  

13 Jul 2016

Kasih Sayang Ayah Membawa ke Syurga

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Tahun ni, saya langsung tak aktif dalam penulisan blog. Tahun yang sibuk dan penuh dengan kesedihan. Tapi, kini saya bangkit selepas mempunyai kekuatan yang agak kukuh untuk kembali ke dalam dunia blogging.

Lebih kurang 3 bulan lalu, saya kehilangan seorang insan yang gigih, sabar dan tabah membesarkan saya dan adik beradik yang lain yang kami gelar "Ayah". Ayah meninggal dunia pada 5 April 2016 pada jam 6.40 pagi kerana salur darah ke jantung gagal berfungsi. Sebelum ni, ayah tak pernah sakit ataupun memang disahkan menghidap sakit jantung. 


Saya masih berada di dalam situasi terperanjat sehingga sekarang. Kehilangan ayah seawal umur 24 tahun bukan keadaan yang saya duga. Saya percaya, aturan Allah S.W.T. hebat. Saya redha. 

Saya ada sedikit coretan buat ayah, walaupun saya tau, ayah takkan membaca coretan saya, biarlah ianya menjadi kenangan.





Duhai Ayah,
Hadirmu dalam hidupku bukan di atas pilihanku,
Tapi diatas takdir Tuhan yang Satu.

Duhai Ayah,
Terima kasih di atas setiap inci kasih sayangmu selama ini,
Akan aku rindukan semua itu.

Duhai Ayah,
Maafkanlah aku kerana aku sering melukakan hatimu,
Wallahi, bukan itu niat hatiku.

Duhai Ayah,
Sesungguhnya aku rindu,
Rindu gelak tawa, senyuman dan suaramu.

Duhai Ayah,
Betullah apa yang orang kata,
Dalam ramai-ramai lelaki, hanya Ayah yang tak mungkin lukakan hatiku.

Duhai Ayah,
Dengarlah anakmu,
Anak yang sentiasa merinduimu setiap saat.

Duhai Ayah,
Ketahuilah kasih sayangmu takkan pernah luput di ingatan,
Hangat pelukanmu juga masih aku rasa,
Setiap nasihatmu akan aku ingati
Dan saat aku menulis ini, 
Airmatku mengalir laju.

YaAllah,
Ampunilah dosa ayah,
Terangilah kuburnya,
Ringankanlah azab kuburnya,
Lapangkanlah kuburnya,
Kasihilah ayah sepertimana ayah mengasihi kami sejak kami kecil.

Ya Allah,
Tempatkanlah ayah dikalangan orang-orang yang beriman,
Sayangilah ayah sepertimana ayah menyayangi kami sejak kami kecil
Sesungguhnya aku rindu ayah, Ya Allah.

Duhai Mak,
Sabar dan tabahlah kerana Ayah berada di sisi PenciptaNya,
Aku janji takkan pernah berganjak dari sisi Mak selagi hayat dikandung badan.

Rakan-rakan blogger, semoga kalian menghargai ibu bapa yang kalian miliki kerana ianya tak mungkin ada gantinya.

Al-Fatihah.



Insan kerdil,
Diyana Isa

5 Perbezaan Difteria dan Tonsil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Sejak kebelakangan ni, negara kita digemparkan dengan penyakit difteria yang telah meragut nyawa dua kanak-kanak di Melaka dan 7 kes disyaki di Kedah. Ramai antara kita yang tidak mengetahui tentang difteria kerana ianya sudah lama tidak terjadi sejak rakyat Malaysia mengamalkan pengambilan vaksin untuk mencegahnya.

Dek kerana penyakit difteria telah kembali, Kerajaan Malaysia sedang mempertingkatkan usaha mereka untuk mengesan penularan penyakit difteria ini.



5 Perbezaan Difteria dan Tonsil


APAKAH PENYAKIT DIFTERIA??

Menurut kenyataan Akhbar KPK 22 Jun 2016, Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang akan menjangkiti bahagian tekak dan tonsil.

Pesakit yang meninggal dunia di Hospital Melaka telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Ujong Pasir pada 16 Jun 2016 kerana telah mengalami demam selama 8 hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan, serta leher membengkak selama 3 hari.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, sebanyak 25%-50%.

5 perbezaan difteria dan tonsil

BAGAIMANA PENYAKIT DIFTERIA TERSEBAR??

Penyakit difteria ini boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan. 

Bakteria ini akan menjangkiti bahagian tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang akan menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak pada bahagian leher yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.

Menurut ulasan, Datuk Dr. Hisham Abdullah, toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, menyebabkan keradangan jantung (miokrditis) dan melumpuhkan saraf yang boleh menyebabkan kematian.

5 PERBEZAAN PENYAKIT DIFTERIA DENGAN LENDIRAN TONSIL.

Secara umumnya, difteria juga merupakan jangkitan tonsilitis. Namun, terdapat sedikit perbezaan di antara difteria dan tonsil biasa. 

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doctor untuk mengetahui mengenai difteria dengan lebih lanjut lagi. Ini kerana penyakit difteria sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa.


Ciri-ciri
Selaput Tonsil
Difteria
Simptom
Kerap terjadi tapi gejala sakit ringan
Kurang terjadi tapi gejala sakit sangat berat
Suhu badan
Demam bersuhu tinggi
Suhu badan tidak terlalu panas
Keadaan Tonsil
Bengkak
Tidak membengkak
Keadaan Leher
Normal
Kebiasaannya leher membengkak dan nampak kemerahan daripada luar.
Selaput Membran
Lendir berwarna kekuningan, Hanya dibahagian tonsil (kedua belah tekak), mudah buang dan tidak luka.
Membran putih dan kelabu (digelar pseudo-membran), Boleh merebak lebih luas dan akan berdarah bila dibuang


BOLEH KE DIFTERIA DIUBATI??

Menurut Dr.Zubaidi menerusi laman Facebook miliknya menyatakan bahawa penyakit difteria boleh diubati menggunakan antibiotik. Namun, penyakit difteria ini merebak dengan pantas dalam masa yang sangat singkat. Dan kesannya mampu merosakkan bahagian utama tubuh seperti saraf, jantung dan ginjal.

Dr. Mohd Shaiful Ehsan pula menyatakan bahawa tidak semua fasiliti kesihatan yang mempunyai antioksidan tersebut kerana penyakit ini teramat jarang berlaku.

BAGAIMANA MELINDUNGI ANAK DARIPADA PENYAKIT DIFTERIA?

Cara terbaik bagi mencegah penyakit difteria ini adalah dengan pengambilan vaksin 5 serangkai iaitu DTaPIPV/Hib (Difteria, Petusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenza type B).

Imunisasi ini diberikan pada usia 2,3,5, dan 18 bulan. Kanak-kanak yang telah mendapat imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terindung daripada sebarang komplikasi penyakit difteria.

MASIH BELUM TERLAMBAT, CEGAH SEKARANG!!


NAK TINGKATKAN IMUNISASI TUBUH?
ANAK CEPAT JATUH SAKIT?

JANGAN RISAUUUU!!
NUTRIFERON SEDIA MEMBANTU!!


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."  


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015