21 Jan 2016

Resepi Churros Sedap dan Mudah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Rindunya nak share resepi kat sini. Alhamdulillah sebab harini dapat juga saya share resepi yang dah lama nak tulis dan tertunggak ni. Resepi yang saya nak kongsikan kali ni merupakan makanan yang menjadi fenomena pada zaman ni.

Jom kita tengok macam mana nak buat Churros yang sedap dan mudah. Boleh la buat untuk minum petang harini.


resepi churros sedap dan mudah

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gram butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk salutan :

Sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon)


Cara-cara membuat:
  1. Mula-mula satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak sehingga ianya mendidih.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Bila air dah mendidih, masukkan bahan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil sebelah tangan lagi mengacau supaya tepung tidak bergentel.
  4. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla dan terus kacau sampai adunan likat.
  5. Biarkan seketika.
  6. Panaskan minyak. Sediakan nozel dan plastik piping. 
  7. Masukkan doh tadi dalam plastik piping tadi, pipekan doh ke dalam minyak panas.
  8. Goreng sehingga kuning keemasan dan angkat.
  9. Setelah diangkat, salutkan churros dengan gula halus dan serbuk cinnamon yang telah dicampur tadi.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat ye.


Lots of Love ;

Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Whatsapp/SMS/Telegram : 019-2212976

6 Fakta Mengenai Bentan yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Kebiasaannya, masalah bentan ini sinonim dengan wanita yang sedang berpantang. Apa sebenarnya bentan tu? 

Bentan memberi maksud sakit semula selepas proses melahirkan yang hampir sembuh semasa proses pemulihan selepas bersalin. Kebiasaannya, bentan ini terjadi keran ibu terlalu culas menjaga diri semasa tempoh berpantang. Akibatnya, si ibu akan berasa sakit semula walaupun sudah berada di penghujung tempoh berpantang.

Mesti anda tertanya-tanya, apa sebab boleh terjadinya bentan ni kan? Apa puncanya? Jom kita tengok apa sebab dan punca bentan ni. 



6 fakta mengenai bentan yang ibu wajib tahu

Tanda dan punca bentan 

Sepanjang tempoh berpantang, ada sesetengah ibu yang masih mengamalkan pengambilan makanan atau minuman yang sejuk ataupun tersepak benda keras. Tak semua orang tahan untuk makan atau minum makanan yang sejuk. Maka, akibatnya si ibu akan berasa seram sejuk dan seperti hendak pitam. Ianya terjadi kerana keadaan ibu yang lemah dan masih belum pulih sepenuhnya.

Jenis-jenis bentan:

1. Bentan urat peranakan/rahim

Ia akan menyebabkan ibu berasa sakit di bahagian ari-ari sama ada sakit secara sederhana atau terlalu sakit sehingga menyebabkan si ibu tumpah darah. Hal ini akan terjadi apabila ibu mengangkat benda berat, tersepak objek keras, jatuh terduduk atau tersembam yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan. 

2. Bentan urat

Ia akan menyebabkan ibu menjadi lemah seperi demam, bisa-bisa urat dan sendi badan walaupun bukan dalam cuaca yang sejuk.Ia menyebabkan seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang. Hal ini akan terjadi apabila si ibu terlalu aktif membuat kerja rumah atau apa juga jenis aktiviti lasak. Rawatan herba seperti bertangas dan mandi wap akan mengurangkan bentan urat ini.

3. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat bulu rahim yang melalui bahagian pinggul. Ini akan menyebabkan si ibu berasa sakit di bahagian atas bahagian belakang. Kebiasaannya hal ini terjadi pada ibu yang bersalin secara caeserean. Ada juga sesetengah kes yang menyebabkan si ibu akan berasa sakit juga di bahagian pinggang dan tumit secara serius sehingga menyebabkan si ibu berjalan terjengkit-jengkit.

Bagi mengelakkan si ibu bentan, penjagaan diri sepanjang tempoh berpantang harus di pandang serius. Jangan ambil mudah ye ibu-ibu!

1. Elakkan jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah untuk terkena jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu, ibu disarankan untuk menjaga kebersihan sepanjang tempoh berpantang.

2. Banyakkan berehat.

Proses melahirkan merupakan proses yang memenatkan. Jadi, si ibu disarankan untuk berehat, jangan terlalu aktif untuk melakukan kerja rumah, atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan suami atau penjaga lain untuk membantu anda sepanjang tempoh berpantang.

3. Jaga pemakanan.

Pemakanan juga mempengaruhi masalah bentan ini. Oleh itu, pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat sepanjang tempoh berpantang. Makanan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung dan nangka muda bersifat sejuk dan wajib dielakkan semasa berpantang.

Tempoh berpantang merupakan momen yang kritikal untuk ibu yang baru melahirkan. Jika tersalah langkah, boleh jadi bentan. Diharap perkongsian saya mengenai 6 Fakta Bentan yang Ibu Perlu Tahu ini memberi manfaat kepada para ibu. Anda juga boleh mengamalkan Set Berpantang supaya anda lebih cergas bertenaga walaupun masih dalam tempoh berpantang. 


Lots of Love,


Nama : Diyana Isa
Shaklee ID :962568
Whatsapp/SMS/Telegram : 019-2212976.

20 Jan 2016

5 Tips Hilangkan Bau Ketiak Menyengat yang Semua Wajib Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Bagaimana rasanya apabila anda berada di satu ruang yang sempit bersama teman anda, dan tidak semena-mena terhidu bau yang busuk menyengat yang datang daripada ketiak teman anda itu? Mesti rasa nak muntah, loya dan rasa nak keluar daripada ruang tu dengan kadar segera kan? 

Tapi, takkan nak buat macam tu kan? Kecik hati pulak teman kita tu nanti. Nak marah dia pun macam tak kena gaya pulak. Kalau nak ditahan, boleh mati pulak anda disebabkan aroma yang 'wangi' tu. Abis tu, nak buat macam mana? Kalau tegur depan-depan nanti malu pulak dia nanti. wakakaka. Sama juga kalau ketiak anda yang berbau, mesti anda malu kan kalau tiba-tiba kawan tegur dan cakap ketiak anda tu bau dia busuk menyengat kan? Jadi nak buat macam mana untuk hilangkan bau ketiak yang menyengat tu? 


5 tips hilangkan ketiak bau menyengat yang semua wajib tahu


5 Tips Hilangkan Bau Ketiak

1. Menggunakan deodorant.

Cara menggunakan deodorant sebagai alat untuk menghilangkan bau ketiak sudah sinonim pada zaman modenisasi ini. Anda akan mendapatkan hasil hanya dalam beberapa saat, namum kesannya tidak akan tahan lama. Anda boleh gunakan apa sahaja brand deodorant yang ada dipasaran yang sesuai dengan tubuh anda. Jadi, anda tidak perlu berasa malu jika ketiak anda berbau busuk menyengat.


2. Menggunakan Cuka.

Cuka mempunyai sifat anti-bakteria yang terdapat pada cuka mampu melawan bakteria . Cuba anda oleskan campuran cuka dan air pada ketiak anda, biarkan seketika dan bilas setelah ianya kering, bilas hingga bersih. Lakukannya sebelum anda tidur dan besihkan setelah anda bangun keesokannya.


3. Menggunakan limau nipis.

Kandungan pH yang terdapat di dalam limau nipis dapat membunuh bakteria yang menjadi penyebab bau badan atau ketiak. Ia juga boleh digunakan untuk kecantikan kerana ia boleh menyegarkan dan menegangkan kulit. Caranya, potong limau nipis kepada dua bahagian, sapukan pada kawasan yang diingini, biarkan sehingga kering, kemudian bilas hingga bersih. Selain itu, anda juga boleh gunakan cara dengan memerah air limau nipis tadi dan campurkan bersama sirih, kemudian sapu pada kawasan yang anda ingini. Biarkan ianya kering dan bilas hingga bersih.


4. Pengambilan air putih yang mencukupi.

Pengambilan air yang mencukupi pada setiap hari akan membolehkan badan kita merembeskan peluh yang sihat tanpa bau. Cuba anda bandingkan peluh orang yang rajin minum air putih dengan yang malas nak minum air putih, mesti berbeza.


5. Pakai pakaian yang bersih.

Salah satu sebab yang menyebabkan ketiak berbau adalah pengumpulan bakteria dan sel mati yang menjadi penghuni ketiak anda. Mana taknya, baju yang sama pergi main bola, dipakai semula untuk ke supermarket keesokannya. Kalau boleh, rajinkan diri untuk tukar pakaian setiap kali mandi, barulah badan anda akan rasa lebih segar dan bernafas. 

Anda boleh la cuba 5 tips hilangkan bau ketiak yang saya kongsikan di atas. Bila dah berjaya nanti, jangan lupa komen ye! Selain tu, anda boleh juga cuba consume Alfalfa Shaklee ni, ketiak tak berbau, lawas dan sihat sejahtera je badan. 



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."  

19 Jan 2016

6 Risiko Mengandung Rapat yang Wanita Perlu Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Sesungguhnya anak itu merupakan kurniaan Allah S.W.T yang terindah buat pasangan yang telah berkahwin. Rezeki untuk memiliki anak juga Allah S.W.T yang tetapkan. Ada juga wanita yang mengandung dengan kerap dan jarak antara satu anak dengan yang anak yang lain terlalu rapat.

Namun, ada juga para ibu yang marah bila ada yang mula mempersoalkan mengapa dia asyik mengandung sahaja. Mana tak nya, anak masih berusia 4 bulan, si ibu sudah pun hamil lagi. Memang sungguh anak itu merupakan rezeki daripada Allah, namun si ibu itu sendiri harus memikirkan kesihatan dan keadaan dirinya terlebih dahulu.

Jika terlalu kerap mengandung, ia berkemungkinan mengganggu tahap kesejahteraan tubuh ibu itu sendiri.Jarak kandungan yang terlalu rapat atau dekat menyebabkan rahim si ibu bekerja terlalu keras dan masih belum sembuh sepenuhnya.

Jika masih ada para wanita amnya dan para ibu khususnya yang belum tahu risiko mengandung rapat, lebih baik baca tentang risiko yang bakal saya kongsikan ini.



6 risiko mengandung rapat yang wanita perlu tahu



6 Risiko Mengandung Rapat 

1. Anemia

Proses bersalin menyebabkan ibu kehilangan banyak darah. Bagi kelahiran normal tanpa komplikasi, si ibu akan kehilangan antara 200-400ml darah. Ditambah lagi, dengan darah nifas yang keluar selepas proses bersalin yang menyebabkan si ibu disarankan untuk berpantang selama 44 - 100 hari yang bertujuan untuk mengembalikan tahap hemoglobin dalam darah ke paras yang normal.

2. Gangguan psikologi ibu.

Kemungkinan besar si ibu tidak bersedia untuk mengandung lagi dalam tempoh terdekat kerana pengalaman bersalin baru sahaja dilaluinya beberapa bulan yang lalu. Hal ini boleh menyebabkan si ibu berasa panik, bimbang dan menyalahkan diri sendiri. Akibatnya, ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan disebabkan faktor ini.

3. Masalah rahim pecah.

Bagi ibu yang bersalin secara caesarean dan mengandung lagi dalam tempoh terdekat, berisiko tinggi untuk mengalami masalah "uterine rupture" atau rahim pecah. Memang terdapat peratusan kecil yang mengalami masalah ini, namun, jika ianya terjadi, ia boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan anak, malah ianya boleh meragut nyawa kedua-duanya sekali.

4. Kematian Ibu

Kehilangan banyak darah yang dialami ibu ketika proses melahirkan boleh menyebabkan ibu berisiko untuk meninggal dunia.

5. Hormon Tak Seimbang

Jarak kehamilan yang terlalu rapat boleh menyebabkan hormon estrogen di dalam tubuh tak seimbang. Ketidakseimbangan hormon pada ibu secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Hormon estrogen membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh. Gangguan hormon akan menjejaskan struktur tulang.

6. Menjejaskan tulang

Bayi di dalam kandungan memerlukan kandungan kalsium yang banyak untuk proses tumbesaran. Justeru itu, bayi akan mengambil kalsium yang diperlukan daripada ibu. Sebab itu, keperluan kalsium ibu mengandung sangat tinggi daripada waktu biasa. Begitu juga dengan selepas melahirkan, ibu memerlukan kalsium yang tinggi yang disalurkan melalui susu ibu. Jadi, jika si ibu memandang enteng dan tidak mementingkan pengambilan kalsium, dia berisiko tinggi untuk mengalami masalah tulang. Jadi, cuba bayangkan kalau ibu tu mengandung rapat pulak kan??

Walaupun anak itu merupakan anugerah Allah S.W.T, ibu juga harus memirkirkan kesihatan diri juga. Jarak kehamilan yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di antara dua tahun hingga lima tahun.

Selain itu, ibu-ibu boleh amalkan Set Hamil dan Set Berpantang untuk meningkatkan tahap kesihatan supaya sentiasa sihat dan cergas walaupun hamil dan berpantang.

                            Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."  

18 Jan 2016

5 Amalan Berpantang Selepas Bersalin yang Ibu Wajib Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Pada zaman teknologi ni, ramai para ibu yang tidak mengendahkan segala amalan berpantang selepas bersalin ni. Namun, masih ada lagi segelintir para ibu yang percaya dengan berpantang, mereka dapat mengembalikan susuk tubuh mereka seperti anak dara kembali. Kira maintain vogue lepas bersalin. 

Masyarakat Melayu kebiasaannya mengamalkan tempoh berpantang dalam lingkungan 40 hingga 44 hari. Hal ini berkait rapat dengan ajaran Islam di mana, tempoh nifas adalah di antara 40 dan maksimumnya 60 hari. Masyarakat jawa kebiasaannya akan berpantang selama tempoh 100 hari. 

Tidak kisah sama ada anda ingin berpantang selama 44 hari atau 100 hari. Janji ibu dan bayi sihat- sihat sahaja.

Apakah Tujuan Berpantang?

Berpantang ni sebenarnya berkait rapat dengan proses penyembuhan dan memulihkan kecergasan. Bak kata orang tua-tua, barang nak pakai lama kan. Kena la jaga elok-elok. Tak nak la nanti di kemudian hari menyesal pulak sebab suami anda masih kelihatan kacak dan gagah sementara anda sudah kelihatan agak tua dan sering sakit-sakit badan. Amalan berpantang membantu mengembalikan tenaga dan bentuk tubuh seperti masa zaman anda sebelum mengandung. 

Jadi, mari kita lihat, 5 amalan berpantang selepas bersalin yang ibu wajib tahu supaya tak menyesal di kemudian hari. Bak kata orang putih, "prevent is better than cure".




5 Amalan Berpantang Selepas Bersalin yang Ibu Wajib Tahu

Amalan berpantang selepas bersalin :

1. Berurut

Tujuan berurut selepas bersalin adalah untuk memudahkan proses perjalanan darah, membetulkan urat yang tegang dan putus selepas bersalin. Selain itu, berurut juga membantu membuang angin dan memecahkan segala lemak-lemak yang terkumpul. Ia juga sangat membantu melawaskan nifas daripada tersekat ataupun tersumbat serta menyingkirkan kotoran. 

Urutan juga berfungsi sebagai penenang buat si ibu yang masih lesu selepas melahirkan. Ia membantu menenangkan emosi, melegakan otot dan sendi yang yang masih bisa-bisa atau lesu.


2. Berbengkung

5 Amalan Berpantang Selepas Bersalin yang Ibu Wajib Tahu

Menurut ilmu perbidanan moden, penggunaan bengkung bagi ibu yang bersalin normal khususnya, bertujuan untuk mengelakkan daripada kemasukan angin ke dalam liang-liang perut. Berbengkung juga bertujuan untuk menggeluarkan angin panas dengan mengenakan ikatan yang betul dan ubatan yang mujarab supaya dapat mengembalikan bentuk badan kembali pada keadaan sebelum mengandung. 

Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada bawah dada hingga bawah punggung. Ini dapat memberi sokongan yang jitu pada rahim. Namun, jika anda memakai bengkung yang mempunyai diameter yang pendek, ia akan menyebabkan bengkung tersebut mudah terangkat ke atas. Hal ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana ia akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi lebih rendah dari yang sepatutnya.

Ketika tempoh berpantang, bengkung seeloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan semasa mandi. Kebiasaannya, bengkung akan mula dipakai pada hari ke 4 tempoh berpantang sehingga hari terakhir berpantang atau mengikut kehendak anda sama ada ingin meneruskan untuk tempoh yang lama sekalipun. 

3. Jaga Kesihatan.

Doktor menggalakkan agar ibu yang baru melahirkan tidak melakukan hubungan seks dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru sahaja melalui saat melahirkan yang menyakitkan dan tubuh ibu juga perlukan rehat yang cukup supaya kembali bertenaga seperti sebelumnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi masa untuk alat sulit sembuh sepenuhnya, lagi-lagi apabila si ibu mengalami luka episiotomi.

Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di bahagian perineum apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar sewaktu proses melahirkan.

4. Minum air akar kayu dan jamu.

Sepanjang tempoh berpantang, ibu-ibu digalakkan untuk minum air akar kayu dan jamu yang boleh di beli terus daripada penjual ubat-ubat tradisional. 

Pengalaman saya berpantang, anak pertama saya cuma makan jamu yang sememangnya tak mampu untuk saya telan kerana baunya yang sangat kuat. Maka, saya pun tak meneruskan makan jamu namum alhamdulillah luka episiotomi cepat sembuh.

Sewaktu berpantang anak kedua, saya sudah kenal Shaklee dan dah jatuh cinta dengan keberkesanan produk. Jadi, pantang kali ini saya hanya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang best sebab walaupun berpantang, namun saya masih cergas menguruskan anak dan susu pun meriah sangat. Memang highly recommended untuk ibu-ibu yang nak berpantang tapi sihat cergas. 


5. Ikan, Ulam dan Sayuran.

Sepanjang tempoh berpantang ni, bukan semua makanan boleh makanan sama macam sebelum melahirkan ya. Banyak juga benda yang kena pantang. Ikan masin atau ikan kering di larang sama sekali untuk dimakan sepanjang tempoh berpantang kerana makanan tersebut akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal. Ikan berbisa seperti ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang dan ikan parang juga dilarang sepanjang tempoh berpantang.

Ibu berpantang amat disarankan untuk mengambil ulaman dan sayuran sepanjang tempoh berpantang. Ini kerana ulaman dan sayuran mengandungi pelbagai jenis vitamin (VItamin E, A, C), fiber dan mineral yang membantu melancarkan proses pencernaan. 

Akhir kata, diharap info amalan berpantang selepas bersalin dalam entry kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang sedang berpantang atau sedang menunggu hari untuk melahirkan. 




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."




Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015