21 Jan 2016

6 Fakta Mengenai Bentan yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Kebiasaannya, masalah bentan ini sinonim dengan wanita yang sedang berpantang. Apa sebenarnya bentan tu? 

Bentan memberi maksud sakit semula selepas proses melahirkan yang hampir sembuh semasa proses pemulihan selepas bersalin. Kebiasaannya, bentan ini terjadi keran ibu terlalu culas menjaga diri semasa tempoh berpantang. Akibatnya, si ibu akan berasa sakit semula walaupun sudah berada di penghujung tempoh berpantang.

Mesti anda tertanya-tanya, apa sebab boleh terjadinya bentan ni kan? Apa puncanya? Jom kita tengok apa sebab dan punca bentan ni. 



6 fakta mengenai bentan yang ibu wajib tahu

Tanda dan punca bentan 

Sepanjang tempoh berpantang, ada sesetengah ibu yang masih mengamalkan pengambilan makanan atau minuman yang sejuk ataupun tersepak benda keras. Tak semua orang tahan untuk makan atau minum makanan yang sejuk. Maka, akibatnya si ibu akan berasa seram sejuk dan seperti hendak pitam. Ianya terjadi kerana keadaan ibu yang lemah dan masih belum pulih sepenuhnya.

Jenis-jenis bentan:

1. Bentan urat peranakan/rahim

Ia akan menyebabkan ibu berasa sakit di bahagian ari-ari sama ada sakit secara sederhana atau terlalu sakit sehingga menyebabkan si ibu tumpah darah. Hal ini akan terjadi apabila ibu mengangkat benda berat, tersepak objek keras, jatuh terduduk atau tersembam yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan. 

2. Bentan urat

Ia akan menyebabkan ibu menjadi lemah seperi demam, bisa-bisa urat dan sendi badan walaupun bukan dalam cuaca yang sejuk.Ia menyebabkan seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang. Hal ini akan terjadi apabila si ibu terlalu aktif membuat kerja rumah atau apa juga jenis aktiviti lasak. Rawatan herba seperti bertangas dan mandi wap akan mengurangkan bentan urat ini.

3. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat bulu rahim yang melalui bahagian pinggul. Ini akan menyebabkan si ibu berasa sakit di bahagian atas bahagian belakang. Kebiasaannya hal ini terjadi pada ibu yang bersalin secara caeserean. Ada juga sesetengah kes yang menyebabkan si ibu akan berasa sakit juga di bahagian pinggang dan tumit secara serius sehingga menyebabkan si ibu berjalan terjengkit-jengkit.

Bagi mengelakkan si ibu bentan, penjagaan diri sepanjang tempoh berpantang harus di pandang serius. Jangan ambil mudah ye ibu-ibu!

1. Elakkan jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah untuk terkena jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu, ibu disarankan untuk menjaga kebersihan sepanjang tempoh berpantang.

2. Banyakkan berehat.

Proses melahirkan merupakan proses yang memenatkan. Jadi, si ibu disarankan untuk berehat, jangan terlalu aktif untuk melakukan kerja rumah, atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan suami atau penjaga lain untuk membantu anda sepanjang tempoh berpantang.

3. Jaga pemakanan.

Pemakanan juga mempengaruhi masalah bentan ini. Oleh itu, pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat sepanjang tempoh berpantang. Makanan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung dan nangka muda bersifat sejuk dan wajib dielakkan semasa berpantang.

Tempoh berpantang merupakan momen yang kritikal untuk ibu yang baru melahirkan. Jika tersalah langkah, boleh jadi bentan. Diharap perkongsian saya mengenai 6 Fakta Bentan yang Ibu Perlu Tahu ini memberi manfaat kepada para ibu. Anda juga boleh mengamalkan Set Berpantang supaya anda lebih cergas bertenaga walaupun masih dalam tempoh berpantang. 


Lots of Love,


Nama : Diyana Isa
Shaklee ID :962568
Whatsapp/SMS/Telegram : 019-2212976.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015