26 May 2016

4 Kafe Menarik WAJIB kunjung di Shah Alam

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Fuh. Setelah sekian lama tak bersiaran. Finally ada juga masa untuk update blog. Yay!! 

"Awak nak makan kat mana? Saya tak kisah, mana-mana pun boleh". Soalan macam ni la yang menyebabkan otak saya bergegar setiap kali dengar. Mana taknya, nak kena fikir, tempat makan mana yang menarik dan sesuai untuk bawak anak-anak. Suami pulak memang jenis tak kisah langsung nak makan kat mana pun. So, saya la mangsa keadaan yang akan memilih nak makan kat mana setiap kali suami ajak keluar makan.

Korang rasa apa kalau pasangan atau mak ayah korang tanya macam tu? Mesti rasa macam nak pecah kepala kan fikir kat mana nak makan. Sama la kita! Sep sikit.

Jadi, disebabkan saya ni sememangnya buta tempat makan. Maka, saya pun google jela. Tempat makan menarik di Shah Alam. So, setiap kali makan, kami sekeluarga akan pergi ke kafe yang dicadangkan dan mempunyai review yang menarik. 

Harini saya nak share pengalaman saya dan kenapa korang WAJIB pergi kafe yang saya pergi ni. 




1) Uncle Sam


Restoran Uncle Sam ni terletak di No.39G, Jalan Tukul N15/N,Seksyen 15,Shah Alam, Selangor.

Uncle Sam merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan chinesse cuisine dan western food. Restoran yang berkonsepkan ala retro pasti memukau pengunjung yang datang. Memang best gila lepak kat sini.

4 Kafe Menarik WAJIB kunjung di Shah Alam
[ Sumber : Google]

Air yang saya tunjuk ni, merupakan air signature Restoran Uncle Sam yang dinamakan Pop The Soda. Memang sedap gilaaa!!! Rugi kalau korang pergi, tapi tak cuba.


2) Chemistry Cafe + Lab

4 Kafe Menarik WAJIB kunjung di Shah Alam

Chemistry Cafe + Lab terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Memang dekat sangat untuk student UiTM datang makan sambil buat group discussion. Suasana tenang je. Seolah-olah korang berada dalam makmal sains kat sekolah dulu. hehehe.

Waffle Double Choc dengan air vanilla dia memang superb sedap. Sampai termimpi-mimpi saya malam tu. 







Ni la rupa bahagian dalam Restoran Chemistry ni. Menarik kan? Cepat-cepat serbu sebelum ketinggalan. hehe.

Alamat : No.26, Jalan Kristal J7?J, Seksyen 7, Shah Alam Selangor.

3) Foodsbury 




Alamat : Wisma Faiz Azrina, No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia

Restoran Foodsbury ni memang sesuai la untuk individu yang menginginkan suasana yang tenang dan romantis. Makanan pun sedap-sedap belaka. Kek Salted Caramel Crepe dia paling win rasanya. Sedap sampai tak cukup makan sepotong. Chilli Fries dia pun not bad jugak. Dah setanding rasanya dengan Carl's Jr. 


4 Kafe Menarik WAJIB kunjung di Shah Alam

Ni la rupa Salted Caramel Crepe Cake. Menarik kan?

4 Kafe Menarik WAJIB kunjung di Shah Alam



4) Toran Coffee

4 Kafe Menarik WAJIB kunjung di Shah Alam

Alamat : No38 Jalan Rugbi 13/30 seksyen 13, shah alam, 40100 selangor, Selangor.

Makanan paling best kat sini, Mee Goreng Toran. Sedap sehingga menjilat jari tau. Highly recommended untuk pasangan yang memerlukan privasi kerana restoran ini mempunyai limited seat tau. So kalau korang datang tu tengah ramai orang, memang kena menunggu sikit la.






Untuk mengetahui leboh lanjut mengenai Toran Coffee, boleh la jenguk IG Toran Coffee ye.





Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015