26 Jul 2016

Happy Birthday to Me

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk bernafas dan masih berada di bumi Allah untuk kesekian tahun. YA, harini genap umur saya 24 tahun. Masih jauh perjalanan hidup dan masih banyak benda yang perlu dipelajari. 

Banyak dugaan dan cabaran yang saya lalui sepanjang saya hidup. Semua orang pun akan merasakan benda yang sama sebab kita semua hamba Tuhan yang Maha Esa. Namun, dalam banyak-banyak tahun, tahun ni saya tak rasa seronok dan teruja seperti tahun-tahun lalu. Saya rasa bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berjihad.

Buat Mak,
Terima kasih kerana melahirkan saya 24 tahun yang lalu.
Tanp Mak, siapalah saya di dunia ni dan mungkin saya juga tiada di sini seperti sekarang.
Maafkanlah saya yang selalu melukakan hati mak. Saya tau, saya bukan anak yang baik tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik.
Mak, sekarang saya hanya ada mak, saya sentiasa menangis seusai solat supaya Allah panjangkan usia mak, berikan mak kesihatan yang baik dan senantiasa dipermudahkan segala urusan.

Buat Ayah,
Saya tahu ayah tak mungkin membaca semua ini.
Saya nak ucapkan terima kasih di atas semua kasih sayang, pengorbanan, penat lelah, jerih payah ayah besarkan saya di dunia ini.
Maafkanlah saya ayah kerana saya seringkali melukakan hati ayah. 
Saya kecewakan ayah acapkali namun ayah masih sayangkan saya.
Terima kasih ayah.
Saya masih ingat kata-kata ayah,
"Ayah sanggup tak beli ape-ape untuk diri sendiri sebab nak tengok anak-anak ayah berjaya dan belajar".
Saya kecewakan ayah. Maafkan saya.
Saya berharap saya masih ada peluang untuk lihat ayah senyum, ketawa, seperti malam sebelum ayah tinggalkan saya untuk selamanya.
Saya rindukan ayah. Rindu yang teramat sangat.
Saya doakan Allah ampunkan ayah, terangi dan lapangkan kubur ayah, terima semua amalan kebaikan ayah sepanjang ayah di dunia, kasihi ayah sepertimana ayah mengasihi kami sejak kami kecil,
Saya rindu pelukan ayah, belaian ayah.
Ayah selalu ada sewaktu saya perlukan ayah.Terima kasih ayah.

Akhir kata, terima kasih mak dan ayah.

22 Jul 2016

5 Simptom Batu Hempedu yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah R.A dari Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

"Tidaklah seseorang muslim ditimpa sesuatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya(dosa) keranaNya", (HR Al-Bukhari dan Muslim).


5 simptom batu hempedu yang anda perlu tahu

Tak semua di antara kita yang mengetahui mengenai penyakit batu hempedu ni. Jadi, pada entri kali ini, saya akan kongsikan 5 Simptom Batu Hempedu yang anda perlu tahu.


SIMPTOM BATU DALAM HEMPEDU.

Macam mana nak tau sama ada ada batu dalam hempedu atau tak? Kebiasannya memang tak ada simptom yang khusu, tapi jika kena seperti simptom yang bakal saya tulis ni, better jumpa doctor atau boleh je buat medical checkup di mana-mana klinik.

1. Rasa sakit yang berpanjangan.

Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan sakit yang berpanjangan di bahagian kanan atas abdomen selama beberapa minit. Rasa sakit yang dirasai itu dikenali 'gallstone colic'. Gejala ini juga kebiasaannya disertai dengan loya dan muntah.

2. Demam

Keradangan pada pundi hempedu atau jangkitan hempedu dipanggil " cholecytitis akut" boleh menyebabkan demam.

3. Sakit perut, loya dan muntah.

4. Batu hempedu yang menghalang pengaliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan lebihan hempedu. Ianya boleh menyebabkan jaundis yang akan memberikan kesan kekuningan pada mata, kulit dan membran mukus.

Terdapat juga beberapa kes yang teruk dimana pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit yang mengakibatkan kegatalan.

5.Batu hempedu dibahagian duktus hempedu sesame akan menghalang enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang lebih dikenali dengan nama "Ampulla of Vater". 

Apabila aliran enzim pankreas tersekat, ia boleh menyebabkan sakit teruk di bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

Setiap penyakit yang wujud pasti ada sebab atau punca mengapa ianya boleh terjadi kan? Dan setiap penyakit pasti ada penawarnya kan? 

Nak tau apa punca dan cara untuk merawat penyakit batu karang hempedu ni? Nantikan entry saya yang seterusnya ya...

Much Love;
Diyana Isa


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."  

13 Jul 2016

Kasih Sayang Ayah Membawa ke Syurga

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Tahun ni, saya langsung tak aktif dalam penulisan blog. Tahun yang sibuk dan penuh dengan kesedihan. Tapi, kini saya bangkit selepas mempunyai kekuatan yang agak kukuh untuk kembali ke dalam dunia blogging.

Lebih kurang 3 bulan lalu, saya kehilangan seorang insan yang gigih, sabar dan tabah membesarkan saya dan adik beradik yang lain yang kami gelar "Ayah". Ayah meninggal dunia pada 5 April 2016 pada jam 6.40 pagi kerana salur darah ke jantung gagal berfungsi. Sebelum ni, ayah tak pernah sakit ataupun memang disahkan menghidap sakit jantung. 


Saya masih berada di dalam situasi terperanjat sehingga sekarang. Kehilangan ayah seawal umur 24 tahun bukan keadaan yang saya duga. Saya percaya, aturan Allah S.W.T. hebat. Saya redha. 

Saya ada sedikit coretan buat ayah, walaupun saya tau, ayah takkan membaca coretan saya, biarlah ianya menjadi kenangan.





Duhai Ayah,
Hadirmu dalam hidupku bukan di atas pilihanku,
Tapi diatas takdir Tuhan yang Satu.

Duhai Ayah,
Terima kasih di atas setiap inci kasih sayangmu selama ini,
Akan aku rindukan semua itu.

Duhai Ayah,
Maafkanlah aku kerana aku sering melukakan hatimu,
Wallahi, bukan itu niat hatiku.

Duhai Ayah,
Sesungguhnya aku rindu,
Rindu gelak tawa, senyuman dan suaramu.

Duhai Ayah,
Betullah apa yang orang kata,
Dalam ramai-ramai lelaki, hanya Ayah yang tak mungkin lukakan hatiku.

Duhai Ayah,
Dengarlah anakmu,
Anak yang sentiasa merinduimu setiap saat.

Duhai Ayah,
Ketahuilah kasih sayangmu takkan pernah luput di ingatan,
Hangat pelukanmu juga masih aku rasa,
Setiap nasihatmu akan aku ingati
Dan saat aku menulis ini, 
Airmatku mengalir laju.

YaAllah,
Ampunilah dosa ayah,
Terangilah kuburnya,
Ringankanlah azab kuburnya,
Lapangkanlah kuburnya,
Kasihilah ayah sepertimana ayah mengasihi kami sejak kami kecil.

Ya Allah,
Tempatkanlah ayah dikalangan orang-orang yang beriman,
Sayangilah ayah sepertimana ayah menyayangi kami sejak kami kecil
Sesungguhnya aku rindu ayah, Ya Allah.

Duhai Mak,
Sabar dan tabahlah kerana Ayah berada di sisi PenciptaNya,
Aku janji takkan pernah berganjak dari sisi Mak selagi hayat dikandung badan.

Rakan-rakan blogger, semoga kalian menghargai ibu bapa yang kalian miliki kerana ianya tak mungkin ada gantinya.

Al-Fatihah.



Insan kerdil,
Diyana Isa

5 Perbezaan Difteria dan Tonsil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Sejak kebelakangan ni, negara kita digemparkan dengan penyakit difteria yang telah meragut nyawa dua kanak-kanak di Melaka dan 7 kes disyaki di Kedah. Ramai antara kita yang tidak mengetahui tentang difteria kerana ianya sudah lama tidak terjadi sejak rakyat Malaysia mengamalkan pengambilan vaksin untuk mencegahnya.

Dek kerana penyakit difteria telah kembali, Kerajaan Malaysia sedang mempertingkatkan usaha mereka untuk mengesan penularan penyakit difteria ini.



5 Perbezaan Difteria dan Tonsil


APAKAH PENYAKIT DIFTERIA??

Menurut kenyataan Akhbar KPK 22 Jun 2016, Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang akan menjangkiti bahagian tekak dan tonsil.

Pesakit yang meninggal dunia di Hospital Melaka telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Ujong Pasir pada 16 Jun 2016 kerana telah mengalami demam selama 8 hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan, serta leher membengkak selama 3 hari.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, sebanyak 25%-50%.

5 perbezaan difteria dan tonsil

BAGAIMANA PENYAKIT DIFTERIA TERSEBAR??

Penyakit difteria ini boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan. 

Bakteria ini akan menjangkiti bahagian tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang akan menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak pada bahagian leher yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.

Menurut ulasan, Datuk Dr. Hisham Abdullah, toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, menyebabkan keradangan jantung (miokrditis) dan melumpuhkan saraf yang boleh menyebabkan kematian.

5 PERBEZAAN PENYAKIT DIFTERIA DENGAN LENDIRAN TONSIL.

Secara umumnya, difteria juga merupakan jangkitan tonsilitis. Namun, terdapat sedikit perbezaan di antara difteria dan tonsil biasa. 

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doctor untuk mengetahui mengenai difteria dengan lebih lanjut lagi. Ini kerana penyakit difteria sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa.


Ciri-ciri
Selaput Tonsil
Difteria
Simptom
Kerap terjadi tapi gejala sakit ringan
Kurang terjadi tapi gejala sakit sangat berat
Suhu badan
Demam bersuhu tinggi
Suhu badan tidak terlalu panas
Keadaan Tonsil
Bengkak
Tidak membengkak
Keadaan Leher
Normal
Kebiasaannya leher membengkak dan nampak kemerahan daripada luar.
Selaput Membran
Lendir berwarna kekuningan, Hanya dibahagian tonsil (kedua belah tekak), mudah buang dan tidak luka.
Membran putih dan kelabu (digelar pseudo-membran), Boleh merebak lebih luas dan akan berdarah bila dibuang


BOLEH KE DIFTERIA DIUBATI??

Menurut Dr.Zubaidi menerusi laman Facebook miliknya menyatakan bahawa penyakit difteria boleh diubati menggunakan antibiotik. Namun, penyakit difteria ini merebak dengan pantas dalam masa yang sangat singkat. Dan kesannya mampu merosakkan bahagian utama tubuh seperti saraf, jantung dan ginjal.

Dr. Mohd Shaiful Ehsan pula menyatakan bahawa tidak semua fasiliti kesihatan yang mempunyai antioksidan tersebut kerana penyakit ini teramat jarang berlaku.

BAGAIMANA MELINDUNGI ANAK DARIPADA PENYAKIT DIFTERIA?

Cara terbaik bagi mencegah penyakit difteria ini adalah dengan pengambilan vaksin 5 serangkai iaitu DTaPIPV/Hib (Difteria, Petusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenza type B).

Imunisasi ini diberikan pada usia 2,3,5, dan 18 bulan. Kanak-kanak yang telah mendapat imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terindung daripada sebarang komplikasi penyakit difteria.

MASIH BELUM TERLAMBAT, CEGAH SEKARANG!!


NAK TINGKATKAN IMUNISASI TUBUH?
ANAK CEPAT JATUH SAKIT?

JANGAN RISAUUUU!!
NUTRIFERON SEDIA MEMBANTU!!


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."  


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015